[Q&A] Anak mempunyai masalah apabila dia berhadapan dengan orang

Question: As salam dan Salam Sejahtera. Saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 3 tahun. Anak saya mempunyai masalah apabila dia berhadapan dengan orang. Dia bersikap ‘reserve’ dan sangat sukar untuk bergaul walaupun dengan saudara yang dikenali (pernah berjumpa beberapa kali dan kerap). Selalunya kami menziarah ke rumah saudara ataupun rakan-rakan, anak saya hanya akan duduk dengan saya atau suami saya, dia mahu didukung dan langsung tidak mahu bergaul dengan orang lain walaupun sedikit. Kadang-kadang dia akan menangis dan sukar untuk dipujuk.
Untuk pengetahuan Dr. anak saya sudah pandai bercakap dengan lancar. Apabila telah habis menziarah, saya dan suami akan bertanya kepadanya kenapa dia berperilaku sedemikian. Anak saya hanya memberi sebab dia tidak mahu berkawan dengan semua orang tetapi hanya ingin berkawan dengan mama dan papa nya sahaja.
Saya dan suami selama ini tidak pernah putus asa memberi galakan kepadanya untuk bergaul. Dengan harapan dia akan berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang. Namun saya dan suami masih tidak dapat mencari cara terbaik bagi mengatasi masalah ini. Untuk makluman, anak saya dijaga oleh pengasuh (di rumah pengasuh) dari dia berumur 9 bulan sehingga sekarang. Saya dan suami akan menghantarnya ke tadika selepas Raya Aidilfitri ini.
Sekian, terima kasih.

Answer: Saya sarankan puan bertanya pada pengasuh tentang keadaannya di sana dan pergaulannya bersama kanak kanak lain sekiranya dia diasuh bersama budak2 lain . Satu lagi yang perlu diambil kira ialah bagaimanakah hubungannya dengan pengasuh. Adakah hubungan mereka baik atau adakah dia takut dengan pengasuhnya atas sebab sebab tertentu. Mungkin juga kerana dia ingin meluangkan lebih masa bersama ibu bapa. Apa yg puan boleh buat ialah untuk mendapatkan rujukan berjumpa dengan pakar terapi untuk behavioural therapy.