Question: Hai Doc,
Anak saya berumur 4 tahun dan mata kanan anak saya kerap berair dan ada tahi mata walaupun siang hari. Dahulu jarang berlaku tetapi sejak diletakkan di taska dan kerap bermain di kawasan panas, masalah ini kerap berlaku dan bersekali dengan selsema. Harap dapat jawapan dari doktor. TQ.
Answer: Puan Azmah, kemungkinan anak puan mengalami allerhic rhinitis. Satu jenis alergi di mana seseorg kerap selsema dan kekadang gatal hidung dan mata. Mata selalu berair.Puan ada memaklumkan yang anak Puan akan mengalami selesema yang berpanjangan dan makin teruk selepas meminum air sejuk. Penyakit allergic rhinitis ini adalah disebabkan kerana keradangan yang berlaku di dalam hidung dan menyebabkan pengeluaran histamine yang akan menyebabkan hidung tersumbat dengan lendiran yang banyak yang dikeluarkan. Penyakit ini berlaku kerana pesakit adalah alah kepada sesuatu yang juga kita namakan sebagai ‘allergent‘. Antara allergen yang telah diketahui boleh menyebabkan penyakit AR ini adalah sengkenit (house dust mite), bulu binatang peliharaan, debunga dan hama. Pesakit AR akan menunjukkan beberapa tanda sepeti kerap selesema, hidung tersumbat,kerap bersin dan kegatalan di hidung/tekak/mata/telinga.