Question: Anak saya berusia 2 tahun 3 bulan mempunyai masalah penyakit jantung yang dikenali sebagai Ventrical Septic Defect (VSD). Penyakit ini telah dikenalpasti sejak dia dilahirkan lagi dan pembedahan telah dilakukan (Bt Shun) di Institut Jantung Negara (IJN), KL semasa dia berumur sebulan iaitu pada bulan Mei 2011. Buat masa sekarang, anak saya masih makan ubat (aspirin) Doktor telah memaklumkan bahawa dia perlu menjalani pembedahan sekali lagi (major) semasa umur dia menjangkau 5 tahun.
Soalan saya ialah: Adakah pembedahan bagi penyakit seperti itu mempunyai risiko? Maksud saya berapakah kebarangkalian anak saya akan sembuh dari penyakit tersebut? Saya berharap soalan saya ini dapat dijawab. Terima Kasih atas perhatian penulis.
Answer: Setelah meneliti soalan ini semula – dia telah menjalani BT shunt. Adakah anak mempunyai tetralogy of Fallot juga?
Walau bagaimanapun, pakar bedah jantung dan pakar jantung adalah rujukan yang paling tepat untuk membincangkan keperluan membuat pembedahan, risikonya. Sememangnya semua operation ada risikonya, tetapi apabila diimbangkan dengan kesan buruk sekiranya tidak membuat, maka adalah wajar untuk mengambil risiko. Pakar bedah akan buat yang terbaik untuk mengurangkan risiko.