[Q&A] Masalah RTA (Renal Tubular Acidosis)

Question: Doktor, saya ada beberapa persoalan tentang kedua-dua anak saya…Anak pertama saya dilahirkan dengan menghidap RTA (Renal Tubular Acidosis), bermula dgn cirit birit yg teruk (too watery)dan menyebabkan berat badan dia ketika itu tidak naik malah menurun dgn mendadak. Semasa dihospital, pelbagai ubat diberi kepada anak sy dan akhirnya doktor menyimpulkan supaya baby saya diberi Sodium bicorbonate . Beberapa hari selepas pengambilan Sodium bicorb, keputusan ujian darah anak saya kembali normal.Masalahnya ketika itu adalah baby saya masih menghidap cirit birit yang teruk, dan kulit yang kering dan kendur. Hasil Solusi pakar-pakar ketika itu supaya bayi saya tidak diberi susu ibu, dan digantikan dengan susu formula Lactose free ( juga pengambilan sodium bicorbonate , 1.5 ml setiap 6 jam sekali)… Selepas penggunaan susu Lactose free, baru lah berat badan anak saya naik dengan mendadak, dan untuk pengetahuan, anak pertama saya itu masih ‘consume’ lactose free formula sehingga kini.
Pada April 2013 saya telah melahirkan anak kedua saya. Langkah awal telah diambil dimana doktor telah menasihati saya bahawa renal adalah penyakit genetik. Jadi saya dan suami memantau tumbesaran baby saya setiap minggu dengan menimbang berat badan nya… Pada minggu ke 3, saya dapati berat anak saya turun dengan mendadak, dari 3.09 ke 2.5kg…Najis baby juga sudah mula kelihatan ‘watery”. Bila dibawa ke hospital untuk ujian darah, doktor dapati fungsi buah pinggang baik cuma agak kekeringan …Seperti kakaknya juga,saya dinasihatkan supaya baby kedua saya ini diberi susu formula ‘Lactose Free’ , dan Alhamdulillah selepas beberapa hari berada dihospital dengan penggunaan susu lactose free formula,(tiada sebarang ubat lagi diambil pada masa ini) berat badan baby saya mula menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit. 5 hari selepas berada di hospital, ujian ultrasound ke atas baby telah menunjukkan buah pinggang kirinya membengkak.( 2nd follow-up bulan ogos)
Persoalan saya disini, apakah kaitan masalah buah pinggang dengan susu ibu? Adakah buah pinggang yang bermasalah tidak boleh menyerap beberapa kandungan zat2 susu ibu yang tidak ada di susu formula? Saya pernah terjumpa beberapa parents yg anaknya ada masalah buah pinggang tetapi tiada masalah untuk meneruskan pemberian susu ibu kepada anak mereka. Jadi , kesimpulan awal saya adalah anak-anak saya “baby lactose intolerance” dari lahir. Tapi ini adalah kesimpulan saya sendiri, saya memerlukan pencerahan dan penjelasan yang jelas tentang masalah saya ini dari pediatrics sendiri. Masalah saya ini agak memberi tekanan kepada saya dimana org sekeliling sentiasa bertanya “kenapa tidak breastfeed baby u tu?” . Percayalah, ibu mana yang tidak mahu menyusu anak mereka, saya sendiri menginginkan menyusu kedua-dua anak saya sehingga dua tahun. Semua maklum susu ibu adalah susu terbaik.

Answer: Dear Puan Amira, minta maaf tidak dapat jawab panjang di sini, mungkin kita akan keluarkan artikel mengenai lactose intolerance. Ada suatu keadaan yang dipanggil congenital lactose intolerance yang juga akan jadi bersama RTA. Adakah anak puan dilihat oleh seorang pakar pediatrik dalam bidang usus(gastroenterology) dan nephrologi ( ginjal). Mereka akan dapat menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut.


Posted

in

by

Tags: