Q: Salam doc..baby saya 3bulan, tapi berat badan tak naik..masa lahir berat bayi 2.84kg, 1bulan berat badan naik 1kg=3.8kg, 2bulan berat badan 4.1kg naik 300gm aje, sekarang 2bulan setengah 4.4 aje..macam mana naikkan berat badan baby
Bayi asyik muntah dan masa 1bulan setengah hari2 kembung perut..sekarang masih ada tapi dah kurang. Apa patut saya buat untuk naikkan berat badan baby? Adakah susu saya tak cukup lemak, sebab tu baby menyusu 1jam setiap kali. Apa patut saya buat? Saya dah buntu baby tak mahu minum susu dan hanya nak tidur..bila dikejutkan untuk menyusu, baby mengamuk. ( Diana )
A: Terima kasih bertanya Pn Diana. Persoalan berkenaan penyusuan bayi dan berat badan bayi kerap ditanya oleh ibu-ibu.
Soalan 1: Macam mana nak menaikkan berat badan bayi? Adakah bayi saya mendapat susu ibu yang cukup?
Bayi selepas dilahirkan akan mengalami pengurangan berat badan pada beberapa hari yang pertama. Selepas itu mempunyai kadar penambahan berat badan di mana bayi akan bertambah berat badan. Secara puratanya, berat badan bayi akan mencapai 2 kali ganda berat lahir pada umur 5-6 bulan, and 3 kali ganda berat lahir pada umur 12 bulan.
Bayi perlu diberi susu ibu mengikuti keperluan bayi (on demand), Tidak dikira siang atau malam. Pada kebiasaannya, bayi menyusu 8-12 kali dalam 24 jam (ada bayi yang menyusu lebih dari 12 kali). Bayi akan menunjukkan tanda ingin menyusu (feeding cues), iaitu mulut terbuka mencari susu, menghisap jari, menangis; serta susu ibu akan menitis dari buah dada. Bayi yang diberi susu ibu yang cukup akan kencing 6-8 kali sehari, dan kencing berwarna kuning pucat, serta berak beberapa kali sehari.
Susu ibu adalah susu yang paling sesuai untuk bayi (susu ibu juga cukup berkhasiat untuk bayi pra-matang). Ibu yang memberi susu ibu kepada bayi perlu mengambil makanan yang seimbang serta minum air yang secukupnya. Untuk memastikan bekalan susu ibu dihasilkan dengan secukupnya, bayi perlu minum hanya susu ibu (bayi tidak boleh diberi susu yang lain, cth. susu formula atau air).
Khasiat susu ibu adalah cukup serta paling sesuai untuk tumbesaran bayi pada 6 bulan pertama, selepas itu bayi memerlukan makanannya komplemen selain daripada susu ibu. Bayi disyorkan untuk diberi susu ibu selama 2 tahun.
Biasanya penghasilan susu ibu adalah mengikut keperluan bayinya. Sekiranya bayi menyusu setiap jam & masih tidak puas (menunjukkan feeding cues), masalah yang sering berlaku adalah posisi penyusuan atau pelekapan pada buah dada yang kurang betul. Ini yang menyebabkan bayi cepat henti daripada penyusuan ibu dan masih lapar. Cara untuk mengatasinya adalah untuk mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan laktasi (biasanya kumpulan ini terdiri daripada doktor, jururawat serta sukarelawan hospital / klinik kesihatan). Puan boleh cuba menghubungi pihak hospital yang menyambut kelahiran bayi anda.
Puan juga menyatakan bayi anda juga tidak mahu menyusu dan hanya nak tidur. Bayi menyusu mengikut keperluannya (on demand feeding), jadi bayi yang puas menyusu akan tidur, kerap kencing dan berak seperti yang dihuraikan di atas, serta semasa bayi bangun, dia kelihatan sihat dan aktif.
Soalan 2: Kenapa bayi saya asyik muntah?
Masalah bayi muntah susu sering dijumpai oleh doktor yang merawat kanak-kanak. Terdapat pelbagai penjelasan untuk gejala tersebut.
Salah satunya adalah “gastro-esophageal reflux” (GER). GER disebabkan ketidakmatangan otot di antara perut dengan saluran pemakanan. Otot tersebut berfungsi untuk menghalang susu yang ditelan keluar kembali melalui saluran pemakanan. Kebiasaan gejala GER akan semakin bertambah baik dari umur 6 -12 bulan. Kaedah-kaedah umum yang boleh mengatasi keadaan ini adalah untuk 1. memastikan bayi sendawa semasa dan selepas penyusuan; 2. letak bayi dalam posisi yang lebih tegak untuk 30-60 minit selepas penyusuan. Sekiranya gejala GER berterusan setelah menggunakan kaedah tersebut di atas, bayi perlu diperiksa oleh doktor untuk memastikan bukan penyakit yang lebih serius. Kebanyakan bayi yang mengalami GER hanya muntah susu, tetapi ia juga boleh mengakibatkan komplikasi, seperti masalah pernafasan, atau kenaikan berat badan yang kurang memuaskan. Jika bayi mempunyai komplikasi daripada GER, doktor akan memberi ubat atau mengesyorkan susu formula khas untuk menangani GER.
Selain daripada GER, muntah juga boleh disebabkan penyakit yang lebih serius, sekiranya bayi mempunyai gejala tambahan: muntah berwarna hijau (bilious), muntah berwarna merah / coklat kehitaman (berdarah), muntah yang memancut jauh; cirit birit; perut yang sentiasa / semakin kembung / bayi kelihatan sakit perut; demam; tidak aktif; atau mengalami sawan. Sekiranya, bayi mempunyai gejala di atas, bayi harus mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan segera.
Harap jawapan saya dapat bantu puan. Sekiranya masalah puan masih berterusan, saya nasihatkan supaya puan membawa bayi anda untuk diperiksa oleh doktor.
( answered by Dr Yap Hsiao Ling )

Comments
28 responses to “Berat badan anak saya tak naik dan asyik muntah”
Selamat sejahtera doktor,
anak saya juga ada masalah sama seperti wawa. Anak saya baru masuk 6 bulan. Beratnya 7kg tetapi tingginya pula bermasalah, cuma 62cm. Adakah masih terlalu aw untuk saya risaukan ketinggian bayi saya. FYI, bayi saya hanya menyusu botol dari umur 2 bulan dan sekarang sudah mula makan biskut milna dan cerelac. Harap dapat jawapan dari doktor. Tq
doktor,
baby girl saya masa lahir beratnya 2.95kg dan tinggi 50cm…skrg sudah 7 bulan setengah dan beratnya 7kg tetapi tingginya 62cm shj…nurse ckp anak saya pendek…ade cara x untuk dapatkan tinggi idealnya doc?….
Doct,
Berat dbn anak sy semasa lahir,2.5kg & tinggi 49cm. Setelah sebln berat anak sy 2.5kg jugak, tetapi tingginya menjadi 52cm. Bayi saye agak aktive dan sihat menurut nurse yg cek. Bayi sy hanya menyusu badan. Adakah ia normal doctor? Adakah saye perlu bagi bayi saye susu tepunh jugak?
Hi Dr, saya ada masalah yang merisaukan saya. Untuk makluman Dr, anak saya lahir dengan berat 3.3 kg. Namun, pada umurnya sekarang sudah 6 bulan, beratnya hanya 6.4 kg sahaja dengan ketinggian 69cm. Graf BMI juga turun ke garisan kuning. Menurut jururawat di klinik kesihatan, baby saya normal memandangkan dia aktif. Dr ada sebarang cadangan tak supaya berat badan ank saya bertambah dengan kadar yang sesuai dengan umurnya?
Terima kasih.
hi doctor.
sy ada masalah yg merisaukan sy. bayi saya dilahirkan dengan berat 2.6kg dan pnjg 51cm dan selepas sebulan berat dia hanya naik 200g iaitu 2.8kg dan pnjg 52cm.
sy hanya susukan dgn susu ibu. anak sy juga selalu muntah susu
adakah kerana dia selalu muntah beratnya tidak bertambah?atau bayi sy ada masalah lain? apa pandangan doctor? terima kasih doctor
Hi dor,minta pnjelasan…ank saya umur 2 bln lebh..mnum susu formula…tiap kali dia mnum dia akan berak..if 10 kali mnum 10 kali baby akan berak…adkh itu norma or saya kena tukar susu frmula??
Hi Dr. Baby saya da 7 bulan dan masih lagi minum susu badan Bayi da start makan tapi berat dia da kat line kuning. At 6th month berat dia just 6.4kg.. Nurse pun da cadangkan minum susu formula. Plus tiap bulan baby akan demam walaupun dia aktif. Perlu ke saya risau yer?
dr baby sy now 8 bulan…berat dia 7.9kg trun sedikit masa sebelum dia demam.adakah itu normal.berat sebelum demam 8.0kg..now demam dh ok tp batuk seperti tekaknya sangat gatal. semalam sekali dan pagi ni sekali dia muntah susu. dia juga enggan makan bubur nasi. apa yang perlu saya lakukan??
Hi doc.. Baby saya lahir beberapa hari lebih awal dgn berat 3.33kg, panjang badan 50cm & lilitan kepala 35cm.. Baby memang fully breastfeed tak campur susu formula dan memang kerap menyusu.. Semasa 1bulan lebih beratnya 4.5kg, panjang 56cm tpi semasa umur 2 bulan lebih beratnya hanya 4.7kg dgn panjang 62cm lilitan kpla 40.5cm.. Baby memang tak pernah demam atau muntah.. Adakah baby saya sihat doc? Or i shud worry bout her weight.. Thnx
Hi Bunga, sekiranya bayi anda kelihatan aktif dan sihat, masih boleh pantau berat badan bayi anda. Teruskan penyusuan ibu sepenuhnya. Sekiranya puan risau atau bayi kelihatan tidak sihat, sila bawa bayi untuk pemeriksaan doktor.
Salam sejahtera dr yap
Bayi saya baru berumur 42 hari dan menyusu susu badan sepenuhnya. Beberapa hari ni bayi saya kerap muntah dgn banyak walaupun telah sendawa. Kadang2, selepas menyusu, saya nak tegakkan dia atas bahu untuk sendawa, dia terus muntah.
Saya susukan dia dalam keadaan dia baring dan kepala dinaikkan sedikit.
Kalau dia sendawa,bunyi sendawa tu tak kuat, mcm ada angin yang tak lepas. Kenapa ya doktor? Thanks in advance
Puan Nurul, sekiranya bayi anda masih nampak sihat walaupun muntah selepas menyusu, masalah bayi anda mungkin adalah “gastro-esophageal reflux” (GER). Sila baca artikel di atas tentang muntah untuk maklumat lanjut.
Doktorbudak juga ada satu lagi artikel yang berkaitan bertajuk Bayi saya kerap muntah. ‘Reflux’ ke ? di http://www.doktorbudak.com/2014/03/22/bayi-saya-ada-reflux/
Puan boleh ikut kaedah-kaedah umum (tanpa rawatan) sekiranya bayi sihat. Hanya jangan pekatan susu ibu anda buat masa ini sebab bayi masih terlalu kecil untuk diberi makanan tambahan.
Notification system
Selamat sejahtera,
Doktor, sy nak tanya umur baby dah mencecah 1 tahun skrg.. sebelum ini baby minum BF sepenuhnya sehingga umur 6 bln… sy tukar kepada susu formula ( lactogen ) tp berat tidak meningkat hanya 6kg shj, apabila mcecah 1 tahun sy tukarkan kepada susu anmum tetapi baby tidak berak selama 5 hari dan keras PoPo nya… Sy kemudian btukar kepada susu pediasure, baby kena berak2 selamaa 15 hari.. cek darah juga tidak ada apa2 masalah…ssekarang baby berat 7.8kg..apakah masalah baby ni ya doktor..tq
Salam sejahtera Abi, terdapat banyak sebab berat badan bayi anda tidak meningkat pada kadar yang dijangkakan. Susu hanya salah satu puncanya. Sebab lain boleh merangkumi kurang beri makanan tambahan, faktor genetik (ahli keluarga bersaiz badan kecil), atau mempunyai penyakit kronik. Agak suakr untuk saya mengenalpastikan masalah sebenar bayi puan sebab tiada maklumat yang lengkap.
Saya menyeru puan supaya bincang dengan doktor yang biasa merawati / memeriksa bayi puan untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
Artikel Makanan permulaan untuk bayi munkin sesuai untuk puan. http://www.doktorbudak.com/2013/10/01/makanan-permulaan-untuk-bayi/
Doc, bayi sy 2 bulan 12 hari. Berat 4.6kg n panjang 61cm.masa lahir 2.8 kg. Berat dlm carta normal tp bmi dh masuk kuning. How to gain her weight? Tqvm
Berapakah berat dan panjang masa lahir?
BMI adalah satu kaedah umum yang digunakan untuk mengenalpasti obesity atau lebih berat badan. Kaedah ini lebih bersesuaian untuk budak yang berumur lebih besar atau orang dewasa. Yang pentingnya, pastikan bayi anda membesar mengikut kadar tumbesaran pada graf berat dan panjangnya (terdapat dalam buku klink bayi)
hi doctor..saya nak tanye..ank saya bln 8 lepas di genap berumur 2 thn dgn berat badan 9kg..baby saya dlm pemakanan ok tak ada masalah..minum susu pun ok juga..bby saya minum susu pediasure..tapi why dia punyabrat badan tak mengikuti graft baby seusia dia??? dan saya pun sudah membawa dia jumpa dokter pakar n membuat blood test…pun hasil blood test tidak menunjukkan sebarang penyakit.apakah faktor genetik boleh menyebabkan baby saya macam itu??
thanks dokter
elva, apakah diagnosis yang diberikan oleh doktor pakar ? Berapakah panjang anak dalam cm . Ada kanak-kanak yang sihat tetapi kecil susuk tubuh. Genetik boleh memainkan peranan. Adakah ahli keluarga semuanya kecil? Berapakah ketinggian anak. Pertumbuhan anak perlu dilihat dari sudut berat badan , ketinggian dan ukur lilit kepala. Tanpa maklumat lengkap maka kita tidak boleh menyangkakan ia hanyalah faktor genetik. doktor yang melihat anak dan mengetahui semua keputusan dan maklumat di atas adalah yang terbaik untuk menasihati puan tentang masalah sebenar.
Dr…ank saya lahir dengan berat 3.3 kg…namun pada umurnya sekarang sudah 8 bulan…beratnya hanya 5.7 kg sahaja…menurut jururawat di klinik kesihatan…baby sy normal memandangkn dia aktif…apa pendapat dr?ade sebarang cadangan tak supaya berat badan ank saya bertambh dengan kdr yg sesuai…
Berat badan anak tidak memuaskan , Izzah. Berat bayi akan naik 2 kali ganda berat lahir apabila usianya mencecah 6 bulan. Kalau Izzah tengok pada graf bayi di buku klinik kesihatan, ia tidak mengikut garisan yang awalnya dan telah turun garisan graf. Berjumpa doktor di klinik kesihatan tersebut untuk pemeriksaan dahulu sebab bila berat bedan tidak naik, perlu dipastikan tiada masalah lain dahulu ya
Doctor, saya ada sedikit permasalahan di sini, ada persamaan dengan anak Puan Diana di atas, namun kes saya begini, anak saya perempuan dilahirkan dengan berat 3.1kg, bulan pertama berat beliau 3.8kg, bulan kedua 4.2kg, bulan ketiga 4.8kg, dan pada bulan keempat baru-baru ini berat beliau 5.2kg sahaja. Jururawat masyarakat menyatakan graf tumbesaran anak saya tidak cantik. untuk pengetahuan doktor, anak saya hanya menyusu susu ibu sehingga 2 bulan sahaja. beliau menyarankan saya menukar susu kepada susu pediasure, ada sedikit konflik di sini di mana selepas menggunakan susu tersebut anak saya langsung tidak menunjukkan minat untuk menyusu langsung. saya buntu kerana pada usia 4 bulan 3 minggu sekarang, beliau hanya minum 3oz sedangkan sebelum ini beliau mampu minum 5oz sekaligus.
pada pendapat doktor adakah berat anak saya normal ataupun tidak dan adakah wajar jururawat masyarat menyarankan susu pediasure yang pada pembacaan saya lebih baik diberikan kepada bayi 1 tahun ke atas?
Mohon bantuan doktor berkaitan perkara ini, jururawat berkali2 menggesa saya untuk datang pada temujanji 5 bulan dengan berat bayi saya melebihi 6kg. saya telah cuba kerapkan penyusuan namun bayi iaitu 2 jam sekali tetapi beliau menolak dan muntah semula.
Susu Pediasure dirumus untuk bayi setahun ke atas.
Secara amnya, berat badan bayi 2 kali ganda berat lahir semasa umur 4-6 bulan. Sekiranya bayi kerap muntah , semak cara penyusuan juga. Adakah di susukan dalam keadaan baring atau dengan kepala lebih tinggi. Adakah dia diburp selepas menyusu. Selain itu, antara yang boleh dibuat ialah tidak membaringkan bayi sejurus selepas burp. Dukung menegak dalam 10-15 minit sebelum membaringkannya.
Satu lagi aspek yang perlu dilihat ,adakah muntahnya berkaitan dengan susu tertentu. Jika dia menggunakan susu selain pediasure , adakah dia muntah juga. Berikan susu biasa setiap 2-3 jam dengan kadar yang ingin diminum hingga kenyang.
Namun begitu ,sukar untuk saya menasihati tanpa lebih maklumat dan pemeriksaan kerana masalah berat badan tidak naik tidak semestinya berpunca daripada susu sahaja. Sekiranya mempunyai penyakit kronik , berat badan juga tidak naik.
Banyak aspek yang perlu dilihat , adakah bancuhan susu betul dan sebagainya.
Ada juga keadaan yang dinamakan ” GORD” atau reflux di mana bayi kerap muntah . Kerap muntah juga mungkin disebabkan alahan .
Maka memandangkan saya tidak boleh menentukan punca sebenar , maka elok berbincang dengan doktor dan melihat segala aspek .
doc, saya rasa selagi berat baby semakin naik tiada masalah kan…sila balas asap..
Puan Yazidane, sekiranya berat badan bayi anda naik mengikuti kadar yang dijangkakan (iaitu mengikuti graf tumbesaran bayi) & kelihatan sihat serta mempunyai perkembangan dalam aktivitinya, ini menunjukkan bayi anda sedang membesar dengan normal. Walau bagaimanapun, anda masih perlu membawa bayi anda untuk membuat pemeriksaan bulanan serta menerima suntikan mengikut jadual imunisasi.
Doc,
Saya juga mempunyai masalah berat badan pada bayi saya. Usia 3 Bulan = 4.9kg. Walaubagaimanapun, bayi saya tidak mempunyai masalah muntah seperti puan di atas. Bayi saya menyusu seperti biasa dan kelihatan aktif. Yang merunsingkan saya apabila mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan graf bayi saya semakin menurun. Adakah saya perlu risau dengan keadaan bayi saya ini?
Hi, berat badan bayi akan mencapai 2 kali ganda berat lahirnya semasa bayi berumur lebih kurang 5 bulan. Jadi sekiranya bayi nampak sihat, aktif serta menyusu seperti biasa, puan masih boleh pantau berat badan bayi. Jika puan risau tentang berat badan bayi, puan boleh bincang dengan doktor atau jururawat bayi anda.