[Q&A] Leher anak saya belum lagi kuat walaupun sudah berusia 5 bulan 2 minggu.

Question: Bayi saya lahir pada 36weeks, poor progress jadi pembedahan dan mengalami prolonged jaundis sehingga berusia 3 bulan, dia disahkan bebas daripada jaundis. Sekarang berat dan ketinggian dan juga ukur lilit kepala semua normal dan dalam linkungan graf.
Kerisauan saya adalah, leher anak saya belum lagi kuat walaupun sudah berusia 5 bulan 2 minggu. Saya telah membuat pembacaan di internet mencadangkan untuk urut perlahan2 di tengkuk dan belakang badan bayi dan juga galakkan bayi meniarap dan buat latihan senaman untuk bayi. Kesemuanya telah saya lakukan selama dua minggu namun tiada hasil yg memberangsangkan.
Saya lihat bayi kawan saya berusia 4 bulan sudah kuat leher. Boleh doktor berikan nasihat. Harap pertanyaan saya diambil perhatian. Terima kasih doktor.

Answer: Puan, sila dpt rujukan ke hospital agar pemeriksaan boleh dilakukan oleh pakar pediatrik. Urutan tidak akan membantu. Puan boleh dptkan surat dari klinik kesihatan atau swasta dan bawa ke hospital untuk dapatkan tarikh temujanji. Sangat penting ya.


Posted

in

by

Tags: