[Q&A] Anak saya terhantuk kepala

Question: salam doc….anak saya berumur 1 tahun 3 bln… dlm masa 2 minggu dia dah jatuh/ terhantuk kepala 2 kali (dirumah pengasuh) didahi dan meniggalkan kesan lebam. Setakat ni Alhamdulillah dia tak de apa2 cuma masa yg 1st time tu lps jatuh dia ade demam sekejap….lebam kat dahi pun nampak mcm terhantuk kuat…. saya rungsing…adakah dia akan menaglami apa2 effect yang lain sbb dr jatuh tu?

Answer: Terhantuk kepala adalah sesuatu yg kerap terjadi dlm kanak kanak yg baru berjalan dan kebanyakan masa ia merupakan kecederan ringan. Namun , perlu saya ingatkan ada kala kecederaan tersebut boleh menyebabkan pendarahan kepala dan komplikasi yg lebih besar. Sekiranya anak puan tidak aktif, selalu muntah muntah, perkembangan makin merosot atau sawan, hendaklah puan membawanya ke hospital secepat mungkin.Sekiranya kesan hantukan nampak teruk, membawanya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut adalah jalan terbaik.


Posted

in

by

Tags: