[Q&A] Anak saya jatuh dan tulang selangka patah

Question: salam doc…anak saya umur 2 thn. baru2 ini dia trjatuh fan selepas di xray doctor mengesahkn tulang selangka patah. selepas dirujuk kpd hospital doctor mengatakn tidak perlu buat apa2 krn tulang akan tumbuh secara semulajadi. namun bila merujuk kpd perubatan tradisional perlu diperbetulkn tulang yg patah itu. soalan saya jika mengikut pendapat doktor apakah kesan kpd anak saya untuk jangka masa panjang. adakah ia memberi kesan kpd fizikalnya. sbb. budak kecil

Answer: Salam Nad, tulang selangka adalah tulang yg paling kerap patah dalam kanak kanak kerana ia lembut. Malah baby yg melalui proses bersalin rumit juga kadang kala mengalami perkara yang sama .
Kebanyakan masa tulang selangka yg patah boleh sembuh dan bercantum tanpa pembedahan. Ada kala dokyor memakaikannya ‘arm sling’ untuk membantu tangan anak anda supaya berada dlm posisi yg tidak menyakitkan. Cuba jangan gerakkan tangan di belah yg terlibat byk sgt. Jangan di urut. Kalau sakit, boleh ambil ubat tahan sakit. Selalunya sakit akan kurang dlm beberapa minggu dan tulang akan tumbuh dan bercantum semula.Tiada kesan jangka masa panjang.


Posted

in

by

Tags: