[Q&A] Anak saya kerap selsema, sangat susah nak baik selsemanya.

Quetion: Saya ingin bertanya. Anak saya lelaki dan pengidap g6pd kekal. Sekarang anak saya berumur 1 tahun 7 bulan tetapi beratnya hanya 7.5kg (masa berumur 1 tahun 3 bulan). anak saya kerap selsema, sgt susah nak baik selsemanya… begitu alah dgn air sejuk… bila minum walaupun seteguk air sejuk, selsema terus jadi.

Lagi satu masalah, nafasnya ketika tidur akan berbunyi seperti org dewasa lelaki yg tidur berdengkur…mmg kuat kadang2. ada ketika dadanya akan berombak kuat ketika dia bernafas semasa dia sedang tidur. bole tak doktor beri nasihat ubat apa yg sesuai dan apa yg perlu saya lakukan? saya pernah bertanya kepada doktor, perlukah dia diberikan bantuan gas, dan setelah check doktor tu ckp tak apa sbb paru2nya ok dan jgn dibiasakan utk diberi gas.

Answer: Setelah meneliti soalan Puan, besar kemungkinan anak anda mengalami penyakit yang dikenali sebagai “laryngomalacia“ dan “Allergic Rhinitis“

Puan ada memaklumkan yang anak Puan akan mengalami selesema yang berpanjangan dan makin teruk selepas meminum air sejuk. Penyakit allergic rhinitis ini adalah disebabkan kerana keradangan yang berlaku di dalam hidung dan menyebabkan pengeluaran histamine yang akan menyebabkan hidung tersumbat dengan lendiran yang banyak yang dikeluarkan. Penyakit ini berlaku kerana pesakit adalah alah kepada sesuatu yang juga kita namakan sebagai ‘allergent‘. Antara allergen yang telah diketahui boleh menyebabkan penyakit AR ini adalah sengkenit (house dust mite), bulu binatang peliharaan, debunga dan hama. Pesakit AR akan menunjukkan beberapa tanda sepeti kerap selesema, hidung tersumbat,kerap bersin dan kegatalan di hidung/tekak/mata/telinga.

Bagi rawatan penyakit AR ini, ada beberapa tahap atau peringkat. Pertama; jika allergen diketahui, Puan mestilah memastikan anak puan tidak terdedah dengan allergent tersebut. Puan sebenarnya boleh mengenal pasti allergen yang bertanggungjawap menyebabkan penyakit AR dengan menjalani ujian ‘skin prick test‘ dimana anak puan akan diuji dengan contoh-contoh allergen yang biasa menyebabkan penyakit AR itu.

Kedua, penggunaan ubat antihistamine yang dapat membantu untuk mengurangkan selsema itu. Walaubagaimanapun, anak Puan berumur kurang dari 2 tahun dan penggunaan ubat anti-histamin adalah boleh membahayakan kesihatan pesakit. Selain dari antihistamine, anak puan juga boleh mengambil ubat “intranasal steroid” yang dapat mengurangkan keradangan didalam hidung dan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat steroid yang berpanjangan adalah tidak digalakan kerana mempunya kesan sampingan yang manaboleh menyebabkan sakit kepala yang teruk, selesema yang teruk (rebound) dan jika terlalu lama boleh menyebabkan tumbesaran terencat dan penggunaan ubat adalah untuk budak yang berumur 2 tahun atau 6 tahun keatas sahaja. Atas sebab faktor umur, penyakit anak Puan boleh dirawat dengan cara yang pertama dimana Puan dapat melakukan beberapa perkara seperti menukar dan membasuh selimut dan cadar bilik anak dengan lebih kerap atapun jika punyai lebih wang boleh membeli cadar/selimut “anti-house dust mite”. Laryngomalacia adalah penyakit dimana saluran pernafasan di atas peti suara kekurangan tisu-tisu rawan dalam saluran pernafasan. Disebabkan kekurangan tisu rawan ini, saluran pernafasan ini menjadi lebih lembut dan akan membuatkan saluran pernafasan menjadi sempit dan akan mengeluarkan bunyi seperti orang berdengkur ketika pesakit itu tidur. Penyakit ini biasanya menjadi lebih ketara ketika bayi berumur 6-8 bulan dan akan sembuh sepenuhnya apabila pesakit menjangkau umur 2 tahun.

Dalam kes anak Puan, merisaukan saya sebab anak Puan adalah kelihatan dari segi berat badan itu mengalami kekurangan berat badan. Ini kerana dalam kes laryngomalacia yang teruk, pesakit juga akan mengalami kekurangan nutrisi dimana berat badan pesakit akan tidak bertambah seperti biasa.
Biasanya pesakit yang mengalami laryngomalacia yang teruk akan dirujuk kepada Pakar Telinga-Hidung-Mulut (ENT) untuk dibuat pemeriksaan “bronchoscope” bagi melihat secara terus pada bahagian saluran pernafasan tersebut. Penyakit ini tidak boleh dirawat dengan mengambil gas dan memerlukan rujukan kepada pakar kanak-kanak dan pakar ENT.


Posted

in

by

Tags: