Nota Padat untuk COVID-19

(Written by Dr Rashdan for our Facebook page on 14/03/2020 )

Coronavirus COVID-19
Apa yg tuan/puan patut tahu….

Nota Padat, ingat C-O-V-I-D-1-9

C – Coronavirus
Virus Coronavirus (SARS-COV-2) menyebabkan wabak jangkitan penyakit COVID-19, bermula dari Wuhan, China sekarang telah merebak ke seluruh dunia (setakat ini 116 negara terlibat, Malaysia di tangga ke 21, belakang Singapura😔)

O – Organ badan yang terbabit jika dijangkiti
Kebiasaanya, organ pernafasan. Pesakit mengadu demam, batuk dan kesukaran bernafas. 80 peratus simptom (gejala) kecil yg kurang serius seperti demam, batuk, sakit tekak, lenguh-lenguh. Kanak-kanak (Alhamdulillah) kurang terkesan berbanding warga emas. Namun, ianya boleh membawa kepada kesukaran bernafas serius, jangkitan kuman pernafasan serius dan Nauzubillah, membawa maut (case fatality rate 3.4%. Kita tidak mendahului qada & qadar Allah, tetapi statistiknya membimbangkan)

V – Virus merebak
Jika dahulunya dari binatang (kelawar) ke manusia. Namun, apa yg amat kita bimbangkan, dan yg tengah berlaku sekarang, adalah wabak jangkitan sesama manusia
Bagaimana? Jika kita hampir dengan pembawa kuman (3-6kaki, 1meter) dan dia batuk/bersin, cecair mengandungi kuman tersebut boleh sampai ke hidung/mulut/mata kita, dan kemudiannya dengan pernafasan, masuk ke peparu! Boleh juga, melalui sentuhan dengan permukaan (barang) yang dicemari cecair kuman, atau kawasan berisiko seperti hospital

I – Imunisasi
Malangnya, ianya virus baru. Tiada vaksin. Tiada imunisasi (Pasti dalam kajian dan penghasilan)

D – Dunia terkesan
Pandemik dah!!! Maksudnya memang dah merebak, setakat ni 116 negara. World Health Organisation (WHO) hanya “jatuh hukum” Pandemik ini jika benar-benar serius

1 – 1 orang mampu mengubahnya!
Benar, seorang jika setiap orang jaga, kita mampu mengubahnya, bermula dengan diri kita. Elakkan penularan wabak Coronavirus
Bagaimana?

 

9 – 9 cara utk mengawal dan mengelakkan wabak coronavius
i) Doa, mohon pertolongan Allah

ii) Etika batuk & bersin
– tutup mulut dengan tisu, buang terus, cuci tangan
– tutup mulut dengan siku dalam
– jika ter- batuk dan bersin sambil menutup guna tapak tangan, cuci tangan terus

iii) Kerap cuci tangan dengan air dan sabun, atau alcohol handrub

iv) Elakkan menyentuh mata, hidung, mulut

v) Cuci permukaan yang dikhuatiri tercemar dengan cairan kuman

vi) “Jarak selamat sosial”
– Batuk dan bersin, cecair kuman, boleh sampai ke tubuh (mata, hidung, mulut) kita dari jarak 3-6kaki, 1 meter
– Jarakkan diri dengan mereka yg tidak sihat
– Elakkan bersentuhan seperti bersalaman, berlaga pipi atau kucupan kawanan
– Elakkan menghadiri tempat ramai orang termasuk kenduri kahwin, majlis-majlis tertentu yang dihadiri ramai orang

vii) Jika anda ada simptom dan terdedah kpd kemungkinan jangkitan, bertanggungjawablah! Pakai topeng muka, dapatkan pemeriksaan dan rawatan, kuarantin sendirian jika perlu

viii) Dapatkan maklumat tepat & terkini: Doctor-on-call, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jangan tular berita palsu. Jangan cetus panik!

ix) Elakkan ke hospital jika tidak perlu
– Hubungi mereka yg dimasukkan ke wad, bertanya khabar melalui telefon, mendoakan, elakkan melawat jika bukan benar-benar perlu, atau saudara teramat dekat
– Bimbang penularan wabak dari atau ke pesakit di hospital
– Hormati undang-undang masa, tempoh, had, bilangan pelawat
– Staf kesihatan harus sentiasa mengamalkan infection control measures utk elakkan penularan wabak ke keluarga/rumah
– Simpan bekalan ubat mencukupi
– Jaga kesihatan dgn elok

Rashdan Mohamed untuk Doktorbudak!
Pesanan kesihatan tulus ikhlas ini dibawa khas dari saya utk dikongsi anda semua!


Posted

in

by

Tags: