Acute Necrotising Encephalopathy (ANEC)

Tahukah anda tentang penyakit jangkitan kuman yang menyebabkan kanak-kanak mengalami demam tinggi dan dalam tempoh masa yang singkat, keadaan menjadi semakin merosot sehingga menyebabkan kematian. Penyakit ini dinamakan Acute Necrotising Encephalopathy (ANEC).

Apakah itu ANEC?
Ia merupakan satu penyakit yang sangat berbahaya dan amat jarang berlaku. Penyakit ini hanya terjadi di kalangan kanak-kanak dan bayi di Asia Timur yang sebelum ini mempunyai tahap kesihatan yang baik. Namun jarang-jarang sekali ANEC masih dijumpai berlaku di benua-benua lain.

Tanda-tanda awal penyakit ini ialah jangkitan pernafasan seperti batuk selsema atau jangkitan usus seperti muntah atau cirit birit berserta dengan demam yg amat tinggi dengan suhu sekitar 39-ke 40 darjah selsius. Keadaan pesakit seterusnya merosot dengan pantas dimana mereka boleh menjadi kurang sedar diri, mendapat serangan sawan, muntah berterusan serta keradangan hati.

Manifestasi masalah saraf juga berlaku dengan cepat seperti koma sehingga memerlukan kemasukan ke wad ICU kerana keadaan pesakit yang amat tenat.

Diagnosis ANEC hanya boleh dibuat selepas melakukan ujian MRI otak yang akan menunjukkan perubahan yg teruk pada bahagian otak yg penting.

Acutenecrotizingencephalopathyfigure2

pic source : JMPA

ANEC1

pic source: sciencedirect

Punca utama ANEC sebenarnya tidak diketahui namun ia lazimnya dikaitkan dengan jangkitan virus terutama sekali Influenza A dan B. Kuman kuman lain yang berkait dengan ANEC adalah seperti jangkitan Mycoplasma serta virus Herpes Simplex dan Human Herpes Virus 6. Di Jepun lebih 100 kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun akibat Influenza encephalopathy.

Malangnya tiada rawatan khusus yang dapat diberi atau langkah pencegahan dapat diambil bagi mengelakkan daripada pesakit mendapat ANEC. ANEC adalah satu penyakit yang bahaya dan menyedihkan. Kurang dari 10% pesakit yang mendapat ANEC pulih tanpa sebarang kecacatan. Majoriti pesakit samada meninggal dunia atau pun mengalami masalah neurologi yg teruk serta koma.

Pengajaran di sini adalah untuk mencegah jangkitan influenza dengan pengambilan vaksin setiap tahun. Jangkitan Influenza tidak sepatutnya diambil enteng kerana komplikasi saraf yang boleh berlaku terutama sekali dikalangan kanak-kanak.
Ditulis oleh:  Dr Maryamjameelah Razali , MBBS(UIA) , MRCPCH(UK)

Leave a Reply

comment-avatar

*