KENCING MALAM : JANGAN SALAHKAN ANAK ANDA !

Fenomena kencing malam (nocturnal enuresis) ialah salah satu masalah kanak-kanak peringkat sekolah rendah dan bukan suatu gejala yang tidak kerap berlaku berlaku.

Kencing malam lebih biasa di kalangan kank-kanak yang sejarah keluarga kencing malam.

Namun demikian, kencing malam bukanlah salah sesiapa: kanak-kanak terlibat mahupun ahli keluarga yang pernah melalui gejala yang sama !

STATISTIK:

PERATUSAN KANAK-KANAK KENCING MALAM MENGIKUT UMUR

caroline1

Mengikut kajian yang dilakukan di Australia, 1 dari 3 kanak-kanak yang berumur 4 tahun kencing malam dan perangkaan ini jatuh ke 1 dari 10 kanak-kanak bila mereka berumur 6 tahun. Nisbah ini semakin berkurangan dengan peningkatan umur.

GEJALA KENCING MALAM PRIMER  (PRIMARY NOCTURNAL ENURESIS )

Fenomena ini merujuk kepada golongan kanak-kanak yang terus mengalami masalah kencing malam dari lahir sehingga mencecah alam persekolahan awal. Mereka tidak pernah “kering” di waktu malam seperti yang dijangka bagi kanak-kanak yang sebaya dengan mereka.

Lumrahnya, punca mereka lambat “kering” di waktu malam tidak diketahui.  Di antara factor-faktor yang mungkin menyebabkan kencing malam berterusan sehingga ke alam persekolahan awal termasuk:

  • Factor genetik. Sekiranya salah seorang dari ibubapa mengalami masalah yang sama semasa zaman kanak-kanak mereka, si anak lebih cenderung mengalami gejala yang sedemikian.
  • Kanak-kanak jenis yang tidur lena @”deep sleeper” dan tidak sedar rangsangan untuk kencing semasa tidur. Mereka biasanya tidak bangun apabila rangsangan untuk kencing tercetus dan kekal tidur walaupun sudah membasahi katil atau terkejut hanya setelah katil habis basah!
  • Sistem badan terus menghasilkan air kencing yang banyak pada waktu malam. Ini dipercayai akibat tahap hormon ADH yang kurang di waktu malam. ( Dalam keadaan biasa, badan kita mengurangkan penghasilan air kencing di malam semasa kita tidur)
  • Kapasiti pundi kencing yang kecil
Image from Printer friendly version.  Handouts on bedwetting. Andorra Paediatrics

Image from Printer friendly version.
Handouts on bedwetting. Andorra Paediatrics

 

Mendapat pandangan doktor….

  • Anda wajar membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anak anda terus kencing malam sehingga zaman sekolah rendah. Di kebanyakan masa, mereka secara spontan kurang kencing malam dan kering dengan sendiri apabila umur meningkat. Namun, sekiranya masalah ini berlarutan, wajar mendapat pandangan dari doktor terutamanya apabila emosi anak dan ibubapa tergugat.
  • Sekiranya anak anda mempunyai masalah kawalan kencing di siang hari
  • Anak anda turut mempunyai masalah kawalan buang air besar @ soiling
  • Sekiranya anak anda mula kencing malam padahal telah “kering” dan tidak memerlukan lampin seperti kanak-kanak lain. Gejala (Secondary enuresis) ini lazimnya disebabkan oleh masalah perubatan dan perlu mendapat pandangan doktor dan siasatan lanjut.

Bagaimana anda boleh membantu anak anda?

  • Motivasi dan sokongan moral dari pihak keluarga amat penting. Masalah kencing malam bukanlah masalah tingkah laku. Anak anda turut menjadi “mangsa keadaan” dan memerlukan sokongan anda! Di kebanyakan masa, kanak-kanak berasa malu dan terjejas emosi apabila membasahi tilam di waktu malam. Mereka lazimnya tidak akan bercerita dengan rakan-rakan atau guru di sekolah kerana bimbang diketawa. Ibubapa yang kurang memahami situasi si anak berpotensi menghukum kanak-kanak kerana menambah beban ibubapa. Ini memberi impak negatif pada perkembangan emosi anak tersebut.
  • Sekiranya anak anda mengalami masalah sembelit, dapatkan rawatan untuk sembelit. Ini boleh membantu masalah kawalan kencing.
  • Galakkan kanak-kanak kencing sebelum tidur.
  • Elakkan minum malam sejurus sebelum tidur. Jangan hadkan pengambilan air tetapi awalkan masa pengambilan supaya mereka sempat kencing sebelum tidur. Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, the, koko mahupun minuman ringan seperti Cola di lewat malam.
  • Kunci jam – Bantu anak anda respon kepada jam yang dikunci supaya berdering pada waktu tertentu bergantung pada berapa cepat dia membasahi tilam selepas lelap tidur. Galak mereka bangun untuk pergi ke tandas supaya mereka tidak kencing di atas katil. Bagi pujian jika mereka berjaya memberi respon walaupun tidak 100% kering keesokan paginya.
  • Star Chart – apabila kanak-kanak “kering” pada sesuatu malam, bagi pujian dan dorongan dengan hadiah kecil seperti pelekat kartoon yang digemari pada kalendar mereka. Ini membantu kanak-kanak secara psikologi. Terdapat aneka Star Chart yang boleh didapati secara percuma dari internet.
Sampel Star Chart yang diguna bersama-sama Alarm

Sampel Star Chart yang diguna bersama-sama Alarm

  • Penggunaan bedwetting alarmsbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan alat ini. Kajian menunjukkan penggunaan alarms dengan motivasi membantu mengatasi masalah kencing malam sehingga 80%. Sokongan keluarga penting dan proses ini mengambil masa beberapa minggu. Namun, kejayaan yang berpanjangan lebih terserlah dengan strategi ini.
  • Penggunaan ubat Minirin. Jarang-jarang terapi kencing malam melibatkan penggunaan ubat. Namun, dalam menangani kes-kes sukar yang gagal dengan strategi yang lain, doktor anda mungkin akan menawarkan tempoh percubaan dengan ubat. Minirin ialah sejenis hormon sintetik ADH. Ia bertindak segera dan apabila diambil di waktu malam sebelum tidur, membantu sistem badan mengurangkan penghasilan air kencing yang sepatutnya berlaku secara fisiologi normal. Semasa anak anda mengambil ubat Minirin, langkah was-was yang perlu diambil termasuk mengelakkan dari minum air yang banyak di waktu malam. Sekiranya kanak-kanak menunjukkan prestasi positif dengan rawatan Minirin, ubat itu biasanya akan dikurangkan secara berkala oleh doktor anda dalam tempoh 3-4 bulan.
  • Kumpulan sokongan – Mendapat sokongan dari keluarga yang mengalami masalah yang sama membantu meringankan beban emosi anda sebagai ibubapa. Terdapat banyak blog internet /kumpulan sokongan. Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda!

Dengan pemahaman yang lebih jelas dan sokongan yang komited, anda boleh membantu anak anda yang mengalami masalah kencing malam primer (Primary Nocturnal Enuresis). Dengan masa, badan mereka “belajar” untuk kekal kering di waktu malam.  Jangan sangsi untuk mendapat pandangan profesional!

 

(ditulis oleh Dr Caroline Eng)

 

Rujukan:

  • Eric’s Guide to NiRujukan:ght time wetting , The children’s bowel and bladder charity, United Kingdom.
  • The Royal Children’s Hospital Melbourne.

Comments are closed.