Question: Anak saya berumur 1tahun 4 bulan, berat badan pula 7.1kg. sejak saya perkenal makanan pejal pada usianya 6 bulan, anak saya makan tetapi berat badan hanya naik 200gram dalam masa sebulan. anak saya masih menyusu badan, tetapi sekarang sudah mula minum susu formula tetapi hanya 4 oz sehari. kerana lebih suka menyusu badan. sejak umur 1tahun saya mula beri makanan seperti nasi dan makanan rumah tetapi saya potong kiub. sejak mula perkenal nasi anak saya hilang selera makan, dan lebih merisaukan saya anak saya tidak mahu makan langsung. saya mula beri makan makaroni dan mee. anak saya makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. bila rujuk klinik kesihatan berat badannya hanya naik 100gram sebulan. bolehkah doktor bantu bagaimana untuk saya membantu perkembangan anak saya. (Fera Shfreeza)
Answer: Ini adalah masalah anak kurang selera dan tidak mahu makan. Perlu juga tengok ketinggian anak, dan perkembangan anak dari segi kemahiran otot (jalan, berdiri), penglihatan dan pertuturan, sekiranya kedua-dua ini normal, mungkin anak anda kecil kerana kurang nutrisi kerana pilih makan dan kurang selera. Saya ingin cadangkan puan baca artikel- artikel ini:- Sila klik link:- 1) http://www.doktorbudak.com/2013/07/18/anak-saya-tak-mahu-makan/ 2) http://www.doktorbudak.com/2015/03/23/vitamins-and-minerals-for-children/ 3) http://www.doktorbudak.com/2013/07/24/qa-masalah-anak-tidak-mau-makan/ Anak yang kurang tambah berat patut diperiksa oleh doktor keluarga/doktor paeds untuk memastikan tiada masalah organ dan masalah hormon.
Hi Doctor,
anak sy sgt aktif. Kini berusia 8bulan. Perkembangan setakat ini dah boleh duduk tanpa sokongan, merangkak dan berdiri. Anak perempuan. Fully breastfeeding. Setiap bulan dulu dia akan naik berat badan sebanyak sekilo. Sangat suka minum BM. Tetapi sejak kurang berminat makan solid food seperti bubur (kecuali puri buah/sayur), berat badan bulan lepas hanya naik 400gram. Belum pernah menurun berat badannya. Agak risau jika tidak berminat makan bubur berterusan…bolehkah saya beri puri buah dan sayur yg dicampurkan dengan minyak zaitun atau cheese sahaja (cth:gantikan puri kentang utk bubur)? Berat terkini 8kg-9kg.
Pls adv doctor. Thanks!