[Q&A] Panduan penjagaan anak selepas pembedahan jantung

Question: anak saya disahkan mempunyai TOF sejak lahir dan kini dia telah berusia setahun 3 bulan dan telah dijadualkan untuk membuat pembedahan..sy ingin dapatkan panduan penjagaan anak saya selepas pembedahan tersebut.

Answer: Waalaikumsalam Puan Nurhida. Pembedahan TOF akan dijalankan oleh Pakar Bedah Kardiothorasik dan bukan pakar bedah pediatrik. Anak puan akan dijaga dan di pantau rapi bersama di antara Pakar Kardiologi kanak kanak dan Pakar Bedah Kardiothorasik Pediatrik. Mereka akan memberi penjelasan yang lebih jelas tentang penjagaan anak puan selepas menjalani pembedahan TOF. Sekian