[Q&A] Kandungan saya

Question: Assalamualaikum doktor…saya tak pasti sama ada soalan saya ini berkaitan dengan laman web ini atau pun tidak sebab saya nak tanya doktor pasal kandungan saya..jika doktor dapat menjawab soalan saya ini,saya amatlah menghargainya…saya ada mengambil suplimen untuk kulit saya iaitu radiance signature,adakah pengambilan saya ini menjejaskan kandungan saya yang berusia sebulan sekarang?terima kasih.. (Siti Fatimah)

Answer: memandangkan produk yang digunakan bukanlah ubat-ubatan yang biasa kami gunakan untuk tujuan perubatan , maka kami tidak mengetahui bahan bahan yang digunakan dalam produk tersebut. Nasihat kami berhati hatilah dengan penggunaan supplemen yang tidak disyorkan oleh doktor terutama di awal trimester.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Kandungan saya”

  1. siti Avatar
    siti

    Hi doc..
    Adakah benar kalsium karbonat yg terdapat pada Mutiara asli boleh menggalakan tumbesaran & menguatkan tulang serta mencantikan kulit bayi dlm kandungan??..saya ada terbaca penerangan produk yg berasaskan Mutiara asli & produk tersebut juga tidak melarang IBU mengandung di awal kandungan mengambil produk tersebut. Adakah ini benar?