[Q&A] Growth & Development

Question: Salam doc..sy ada soalan berkaitan anak sy yg berumur 3 bulan lebih. Bayi sy minum susu formula s26, kenaikan berat badannya 900g-1kg sebulan. Apa yg membimbangkan sy ialah bayi sy sekarang tidak mahu minum susu sekerap dlu n sering tak habis minum susu..adakah kerana bayi sy muak dgn susu tersebut dan perlu menukar susu lain? utk pengetahuan doc bayi sy aktif dan sudah boleh meniarap..  (Nurul)

Answer: Saya rasa anak Puan mengalami satu fasa yang dipanngil “milk strike”. Ini bukan bermaksud bayi tidak sihat, tetapi dia sudah lebih memilih, lebih mudah ‘distracted’ dengan persekitarannya dan hanya minum sekiranya lapar. Menukar puting, botol, jenis susu mungkin boleh membantu. Susu ibu adalah pilihan yang terbaik dan bayi jarang menolak apabila diberi susu ibu terutama sekali secara ‘direct’. Walau bagaimanapun, sekiranya berat bayi naik setiap kali ditimbang, dengan kadar yang begitu memuaskan, maka tidak perlu risau.

Comments are closed.