Question: hi doctor,
anak perempuan saya berumur 2 tahun 2 bulan, mengalami demam panas setelah kembali dr kampung. 2 hari kemudian demam berkurangan tetapi bibir atas membengkak.
adakah kemungkinan ini disebabkan dehidrasi dan ulser mulut? untuk makluman, 11 hr sebelum bibir membengkak , anak sy terjatuh dan menyebabkan 1 gigi depannya patah sebahagian kecil. adakah kemungkinan 11 hr selepas insiden jatuh..bibir membengkak akibat drpd patah gigi? sebaik mengalami patah gigi, anak sy tdk menunjukkan sebarang bentuk kesakitan ataupun gusi bengkak.
adakah dgn mencabut gigi dan memberikan antibiotik serta air yg cukup boleh merawat bibir yg bengkak?
Answer: Hi Rechard, Salam sejahtera. Bengkak bibir, ulser mulut dengan demam panas pada kebiasaannya berkaitan dengan jangkitan kuman virus. Kanak-kanak berumur kecil seringkali terjangkit dengan herpes stomatitis yang membawa tanda-tanda seperti yang dialami oleh anak. Jangkitan ini akan sembuh sepenuhnya antara 10-14 hari. Kanak-kanak yang mengalami trauma pada gigi juga boleh mengalami bengkak bibir sekira terdapat jangkitan di bahagian akar gigi. Ini boleh berlaku walaupun gigi tidak patah atau patah sedikit sahaja. Rechard boleh membawa anak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan radiograph dan penentuan rawatan. Dr Kalaiarasu
Gigi bongsu saya dibuang separuh di klinik kerajaan kemudian akibat kekurangan alatan doc tak berjaya untuk remove akar dan saya telah direfer ke ppum. Saya sudah ke ppum untuk check, xray telah dibuat dan saya kena mos lagi sekali minggu depan. Soalan saya pernah ke kes macam ni terjadi? Macam mana nak kurangkan bengkak di pipi? Saya tak boleh nganga mulut luas luas dan tak upaya nak telan solid food. Saya jadi phobia sebab doc di klinik kerajaan dah lakukan pembedahan half way dan minggu depan doc lain akan bedah again utk keluarkan remaining teeth. Sekarang dah 4 hari tapi saya masih rasa bleeding dan susah makan dan juga pipi bengkak.. Harap doctor bole beri pendapat