[Q&A] Batuk kokol

Question: Assalam Dr. Anak saya umur 1 tahun 3 bulan. Masa umur 1 tahun 1 bulan dimasukkan ke hospital sebab demam kuat dan batuk. sebelum tu batuk 3 bulan on off. Lepas di diagnos, suspek batuk kokol. Doktor kata zaman sekarang susah jumpa batuk kokol sb bayi telah divaksin pada umur klu x silap saya 3 bln, 4 bln, 5 bln dan booster 1 tahun 6 bulan. anak saya telah ambil semua vaksin yang sepatutnya di klinik kesihatan. Disebabkan masih kena batuk kokol walaupn dh divaksin, Doktor mencadangkan vaksin akan ditambah dos untuk cucuk pada 1 tahun 6 bulan nanti. Saya refer pula kepada pakar kanak2 swasta, Doktor kata x perlu tambah dos sb bayi akan kena batuk kokol sekali sahaja dan x akan berulang. Saya confuse samaada sy perlu tambah dos atau sebaliknya. terima kasih kepada Doktor yg sudi menjawab. (Syariza)

Answer: Tidak perlu tambah dos. Untuk mereka yang telah diberi vaksin pertussis pada umur 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan, anak anda tidak mungkin batuk kokol, kerana jenis batuk ini berpanjangan sehingga muka merah hampir biru, dan muntah. Bila mula batuk, ia seolah-olah tidak berhenti-henti. Anak anda batuk mungkin kerana masalah lain seperti asthma, postnasal drip(alahan hidung). Saya nasihatkan puan mendapatkan pemeriksaan yang teliti oleh doktor kanak-kanak. Cuba baca artikel ini:- http://www.doktorbudak.com/2013/07/31/mengapa-anak-saya-selalu-batuk/