Question: Hi doctor
Anak lelaki sy berumur 1 tahun 4 bulan & baru pandai berjalan & baru ada gigi sebatang. sejak 2 mggu ni dia tak mahu makan, sy sediakan makanan yg biasa dia makan (oat, bubur ayam/udang/kentang/kerot/brokoli, nasi lembik dgn ikan semua dia tolak, kemudian sy pelbagaikan menu,sy try mee sup/goreng/pasta cara masakan yg berkhasiat pun dia tolak,kemudian sy cari biskut2 yg pelbagai perisa..2 kali telan sahaja kemudian dia x nak lagi.buah2han cuma pisang aje yg dia suka itu pun mkn separuh saja..jadi sekarang mmg sy buntu x tau nak bagi anak sy mkn apa lg…tlg sy doktor. berat anak sy lingkungan 11kg aje..sudah susut 1kg
ibu yg prihatin
Answer: Salam puan Ina, Pada umur 1 tahun dan lebih, anak akan lebih suka berinteraksi dengan ahli keluarga. Oleh itu, mereka akan lebih gemar makan bersama dengan keluarga, dan bukannya disuap untuk dirinya sendiri sahaja. Pada umur ini juga, anak mula berjalan dan aktif, oleh itu puan boleh jadikan masa makan sebagai masa mengajar sambil bermain yang seronok. Cuba berikan nasi goreng kepada anak kamu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi menambahkan jumlah pengambilan tenaganya.
Question: Hi doctor
anak saya berumur 1 tahun 7 bulan.sudah hampir 2 bulan dia dah tak mahu makan. sy dah olah berbagai-bagai jenis maknanan utk menarik perhatian dia utk makan tp kecundang juga. anak saya lebih berminat dengan makanan yg keras seperti muruku..kerepek pisang (masuk mulut tp mmg dia x telan pun).sekarang anak saya cuma minum susu dutchlady-honey bila lapar hari2 juga dia akan buang air besar 4-5 kali sehari dlm kuantiti yg sedikit. sekarang mmg sy buntu x tau nak bagi anak sy mkn apa lg… berat anak sy lingkungan 11kg aje..