[Q&A] Anak rindu pada pengasuh

Question: Anak saya berusia 1tahun 5 bulan,sejak bulan lepas pengasuh yang menjaga nya tiba2 jatuh sakit mengejut dan dimasukkan ke hospital hingga kini. Di sebabkan itu, kami terpaksa mengambil keputusan untuk menghantarnya ke taska setelah gagal mencari pengasuh pengganti. Kami perhatikan, sejak seminggu pengasuhnya tiada, anak kami kerap meragam, selera makan agak terganggu, beberapa kali demam mengejut dan setiap kali dihantar ke taska akan menangis. Harap doctor boleh beri tips untuk kami menangani masalah ini. Terima kasih. (che nelz)

Answer: Ibubapa perlu menerangkan mengenai perubahan rutin harian ini kepada anak, dengan bahasa yang mudah difahami. Anak mungkin mengalami perubahan tingkahlaku disebabkan perubahan rutin yang tiba-tiba. Bukan hanya rindukan pengasuh, tetapi juga untuk mengadaptasi di taska yang baru. Ibubapa boleh mengurangkan kerinduan anak dengan menunjukkan gambar pengasuh, melawatnya dihospital atau memberi anak sesuatu dari kepunyaan pengasuh (eg baju, tudung, brooch etc.). Ibubapa juga perlu meluangkan masa untuk bersama anak dan bercakap mengenai apa yang berlaku. Diharapkan ini dapat membantu.