[Q&A] Anak kurang minum susu

Question: Salam Doktor.

Anak saya baru sembuh dari demam panas selama seminggu, tapi apa yang merisaukan saya, selera makan anak saya mula berkurangan dan kekerapan anak saya menyusu mula kurang..saya beri anak saya minum susu S26, umur anak 1 tahun 1 bulan.saya mohon dortor dapat membantu saya.

terima kasih. (Azlina)

Answer: Puan, anak mungkin mengambil masa untuk kembali ke rutin asal dan seperti sedia kala. Sekiranya dahulu anak minum banyak dan sekarang kurang tetapi masih tidak kurang daripada keperluan asas, maka tidak perlu risau. Untuk anak umur setahun lebih, boleh juga beri makanan lain selain daripada susu. Periksa sama ada ulser mulut. Sekiranya selera makan sangat teruk dan tidak mahu makan langsung, maka perlu dibawa jumpa doktor kerana ini tidak normal. Sekiranya anak suka minum air dan jus lain, dan suka bubur tetapi tidak mahu susu, puan tidak perlu terlalu risau.