Question: Hai doktor,bagaimana nak ubati baby yg batuk2 dah berlarutan 2 minggu.baby sy baru berumur 5 bln.adakah sbb susu x sesuai?.dan susu apakah yg lebih sesuai dlm keadaan batuk dia yg teruk terutama selepas minum susu.sy memang dah x menyusu bdn sejak umur dia 2bln memandangkan susu bdn sgt sikit.sy harap sgt2 doktor dpt membantu.sbb sy sgt susah hati dgn keadaan dia skrg..terima kasih. (Aisya)
Answer: Perlu diperiksa oleh doktor untuk mendapatkan jawapan yang teliti kerana batuk dan susu mungkin tidak berkaitan. Alahan susu biasanya akan membawa simptom seperti cirit-birit, muntah, perut kembung, masalah kulit. Batuk ini sekiranya berasal daripada’wheezing’ – bunyi seperti asma maka boleh juga disebabkan oleh alahan. Ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman dan kuman virus boleh meninggalkan kesan batuk berpanjangan. Lagi satu kemungkinan ialah tersedak susu yang menyebabkan batuk, perlu pastikan bahawa tiada masalah struktur dalam lelangit, hidung, mulut, yang mungkin menyebabkan susu terkeluar/bocor ke saluran pernafasan yang menyebabkan batuk.
Hai doktor, anak saya berumur 1 tahun 2 bulan. Anak saya seorang yang aktif dan sihat. Cuma yang menjadi masalah anak saya selalu muntah dengan banyak adakala sampai memancut muntahnya. untuk pengetahuan doktor anak saya sukar untuk menerima makanan, bila saya beri dia makanan dia akan makan tapi tak lama kemudian dia akan muntah dengan banyak nya. jadi anak saya bergantung sepenuh nya pada susu yang dicampur dengan nestum. saya minta jasa baik doktor bagaimana cara untuk saya atasi masalah ini. Terima kasih