[Q&A] Saiz makanan bayi

Question: Hai doktorbudak. Boleh kongsi saiz makanan pejal utk bayi 6 bulan ke atas? Anak saya berumur 9 bulan, dan hanya makan 2 kali sehari, iaitu tengahari dan awal malam. Selain itu, saya juga ada berikan snek buah2an atau biskut rusk. Dia hanya makan utk 1-1.5 sudu sahaja utk setiap hidangan (sama ada bubur nasi/puri buah). Ini merisaukan saya kerana berat badannya tak banyak meningkat. Mohon penerangan dari doktor. T/kasih. (Nina)

Answer: Hi Nina, Ada pelbagai sebab mengapa anak mungkin tidak makan banyak . Sekiranya dia sihat dan aktif , antara sebab lain adalah banyak minum susu. Ini menyebabkan bayi kenyang dan kurang makan. Maklumat yang diberikan tidak lengkap untuk kami memberi pandangan lebih spesifik. Berapakah berat dan panjangnya? Apakah dietnya dalam sehari? Berapa kali susu ? susu badan atau susu botol ? berapa ounce susu yang diberikan ? Semestinya 1 sudu adalah sangat tidak mencukupi. Baca artikel ini http://www.doktorbudak.com/2013/10/01/makanan-permulaan-untuk-bayi/