[Q&A] Peluh yang banyak di kepala & belakang badan

Question: assalamualaikum dan salam sejahtera…
saya ingin mengadukan permasalahan yang membimbangkan saya…
anak saya berumur 7 bulan…
sejak anak saya lahir, anak saya kerap berpeluh di bahagian kepala dan belakang badan. masa anak saya belum pandai meniarap, saya menyangka ianya berpunca dari baring setempat. tp bila anak saya semakin ligat berguling-guling, dia masih mengalami masalah yang sama. walaupun didalam aircond, dia tetap akan berpeluh. apa sepatutnya yang saya lakukan untuk mengatasi masalah ni… (Farah)

Answer: Puan, berpeluh biasanya adalah fenomena biasa yang dilihat pada sesetengah bayi, lebih-lebih lagi semasa tidur nyenyak. Sekiranya puan sangat yakin bahawa suhu bilik dan pakaian bayi sudah pun dipastikan tidak menyebabkan masalah ini, boleh bawa anak untuk memastikan tiada masalah dalaman. Sekiranya seorang bayi mempunyai masalah jantung yang menyebabkan ‘heart failure’, ia juga boleh menyebabkan peluh semasa tengah menyusu dan semasa aktif kerana ia memerlukan lebih banyak tenaga seolah-olah membuat senaman yang berlebihan kerana jantungnya agak lemah. Ini adalah peluh semasa menyusu dan semasa aktif, dan bukan peluh semasa tidur. ”