[Q&A] Nutrisi

Question: Anak saya berusia 5 bulan setengah mengalami gejala munth selepas menyusu sejak lahir walau pun bf..dah bermacam susu saya tukar…sekarang berat anak saya 5 bulan 5.6 kg…dr 5.3 kg ( 4 bulan)..
Saya pernah bawa pergi jumpa dr tp kata nya jika anak saya kencing dan berak tiada masala serta anak saya actif ini perkara biasa bagi bayi… dah bermacam2 jenis susu yang saya tukar..tp masalah tetap sama…sekrang saya baru bertukar kepada enfalac ar….dan tidak pasti samada sesuai atau tidak…bagaimana cara saya boleh membantu berat badan bayi saya naik dan adakah jenis susu anti refluk sesuai untuk tempoh yang lama….tqia… (Hani)

Answer: Hani, adakah anak anda BF (breastfeeding) atau bottlefeeding? Gejala muntah boleh disebabkan oleh beberapa perkara, reflux adalah salah satu daripadanya dan ia kebiasaannya akan menjadi lebih baik abapila umur semakin meningkat , selalunya ia menunjukkan tanda positif pada usia 5-6 bulan . adakah masalah muntah ini semakin teruk atau semakin baik? Berapakah jumlah susu yang diberikan (memberi susu melebihi keperluan juga boleh menyebabkan bayi muntah) adakah langkah -langkah lain telah di ambil agar bayi tidak muntah? menyusu bayi dalam keadaan ‘bukan baring’ dan kepala ditinggikan ? bayi diburp selepas disusu Bayi tidak dibaringkan terus lepas penyusuan tetapi di pegang ‘prop up’ atau menegak untuk 10-15 minit. ada artikel tentang reflux di blog ini – boleh didapati dengan menaip di search button Jika masalah ini berlanjutan , maka elok lah berjumpa dengan pakar.

Comments are closed.