[Q&A] Najis keras, sembelit

Question: Hai doctor.
Anak sy berumur 11 bulan.sekarang mengalami batuk berkahak dan panas dalam , suhu badan maintain 37C.
Baru bertukar susu dari NAN pro 1 ke dupro langkah 2.sudah hampir 3 minggu.
Mula sembelit 5 hari yg lepas.
Sudah diberi air masak kerap.tp masih sembelit.
Pls advice me doct.
Tq (nor ain mislan)

Answer: Adakah susu dibancuh mengikut sukatan dan berapa kerapkah diberikan susu dalam sehari? Bagaimana pula dengan pemakanannya, adakah kaya dengan serat (fibre)? Ini adalah kerana anak anda sudah berumur 11 bulan jadi keperluan nutrisinya bukan sahaja bergantung pada susu tapi juga makanan. Jika ini satu keadaan yang baru berlaku ( memang baru 5 hari dan sebelum ini tidak pernah sembelit) , antara penyebab lain ialah sewaktu tidak sihat dan berlaku jangkitan adakala usus juga tidak aktif dan bayi kurang buang air besar. Pastikan diet anak kaya dengan buah-buahan , sayuran dan air. Jika ini berterusan bawa berjumpa doktor,

Comments are closed.