[Q&A] Masalah Perkembangan Anak

Question: Hi Doctor, saya mempunyai masalah dengan anak kedua saya yang berumur 6thn. Saya merasakan perkembangan anak saya ini sedikit lambat matang berbanding anak saya yg pertama. Dia agak kurang keyakinan diri,selalu bersendiri dan kurang berkomunikasi dgn kami. Dari segi belajar dia sudah blh membaca, tetapi sangat tidak fokus dan sgt susah untuk mengingati sesuatu yg dipelajari. Walaubagaimanapun, dia amat cepat dengan nombor. Lagi satu yang merunsingkan saya, dia masih kencing malam. Tolong Dr. bantu saya. (Bie)

Answer: Tidak yakin, kencing malam, kurang ingat, kurang fokus – ini semua boleh berkaitan dengan masalah yang sama, iaitu masalah emosi/psikologinya. adakah anak mungkin mempunyai masalah membaca seperti dyslexia, pendengaran, penglihatan yang mungkin menjejaskan kebolehannya untuk belajar dan oleh itu, menjadi kurang yakin dan seterusnya menimbulkan masalah emosi/psikologi. Saya nasihatkan puan untuk mendapatkan penilaian daripada doktor yang mungkin akan merujuk kepada pakar psikologi kanak-kanak.