[Q&A] Masalah Anak

Question:¬†assalamualaikum doc…anak saya berusia 3 thn…yg mnjadi masalah…anak saya akan muntah bila saya ingin suapkan makanan @ sebelum dia makan…mengikut teori ibu saya..cacing…betul ke??? atau dia mengalami masalah lain??? (pn.ila)

Answer: Sekiranya anak anda muntah semasa makan setiap kali, harus pastikan tiada masalah perut, refluks, dan alahan makanan. Sekiranya rasa muntah sebelum masuk makanan, adakah ia berkaitan dengan kelakuannya, memilih makan dan psikologi? Jangkitan cacing akan membawa simptom seperti sakit perut, cirit birit, dan juga muntah, tetapi bukan hanya muntah.