[Q&A] Kombinasi supp dan syrup pcm

Question: Assalamualaikum… Mohon pencerahan doktor, benarkah penggunaan supp pcm seperti voren dan poro perlu dikombinasikan dengan penggunaan syrup pcm tertentu? Yang bermaksud bila ibu menggunakan supp pcm jenis voren, bukan semua jenis syrup pcm boleh diberikan pada anak selepas beberapa jam penggunaan supp pcm. Sekiranya benar, mohon doktor senaraikan kombinasi syrup pcm dan jenis supp pcm. Terima kasih. (Kinie)

Answer: Indikasi penggunaan ubat supp ialah apabila kanak kanak tidak boleh mengambil melalui mulut i.e muntah. Kesannya adalah sama dan Ia tidak bertindak dengan lebih baik dari formulasi sirap pun. Tiada kombinasi tertentu. Saya menggalakkan penggunaan satu ubat sahaja kerana ramai ibu bapa tersilap pengiraan dan tersilap ubat apabila melakukan berselang seli. Pastikan ubat diberi pada jarak yang betul iaitu setiap 6 jam sekiranya demam. memetik ayat kinie ” supp pcm jenis voren” – tiada istilah tersebut ; pcm dan voren adalah ubat demam yang berbeza . pcm ialah paracetamol , satu kelas ubat demam voren ialah kelas ubat demam yg lain iaitu diclofenac sodium