[Q&A] Berat badan bayi 1 bulan

Question: Assalamualaikum,

Saya Anis. Saya nak tanya normal ke jika berat bayi hanya naik 100gm sahaja dalam masa sebulan? Saya lahirkan anak saya 29 Dec 2014, dan 30 Jan 2015 haritu saya ke klinik untuk dapatkan suntikan 1 bulan. Bila timbang berat anak saya hanya naik 100gm. Berat semasa lahir 3.0kg, lepas 1 bulan jadi 3.1kg. Saya fully breast feed anak saya, dia berak 4-5 kali sehari dan kadang-kadang 1kali sehari, najis normal (kuning keemasan berbintil2), kencing pun normal, sentiasa susukan 2-2.5jam sekali.

Saya sangat risau dan sedih bila tengok anak saya kecil je.

Answer: Puan, kadar pertambahan berat yang ideal adalah sebanyak 25 gram sehari, dan pertambahan kurang daripada 15 gram sehari dikira tidak cukup. Oleh itu, naik 100 gram dalam sebulan bukanlah normal. Buang najis banyak kali bukan masalah(dengna syarat najis adalah normal). Ada kemungkinan cara timbang adalah salah. Saya nasihatkan puan bawa anak untuk ditimbang semula dengan betul-betul dan jika sekiranya memang hanya naik 100gram, maka perlu diperiksa oleh doktor untuk memastikan tidak adalah masalah kesihatan.