[Q&A] Bayi sembelit

Question: Hye doctors, saya baru melahir kan anak, sudah 12hari… pada mula nya, anak saya minum susu ibu dan susu formula lactogen. Kini saya bagi pula susu s26. Slpas tukar susu, anak saya tak berak tapi kentut saja. dah 2hari anak saya tak berak. apa yang perlu saya buat? Adakah sebab penukaran susu tu buat anak saya sembelit? (siti naqiyah muhamma)

Answer: Adakah bayi anda berak setiap hari sebelum penukaran susu? Adakah susu dibancuh mengikut sukatan pada tin ? Sekiranya sebelum ini, bayi anda sudah pun jarang berak dan kini semakin teruk bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Sekiranya anak sihat , tiada kembung perut, tidak muntah, menyusu dengan baik dan sebelum ini berak dengan elok tetapi hanya mula tidak berak sejak tukar susu, beri sedikit masa. Sembelit ialah berak keras dan bukan tidak berak. Adakala bayi apabila susu ditukar tidak berak beberapa hari tetapi kemudian berak dengan banyak dan najis LEMBUT, ini bukan sembelit.