[Q&A] Anak tertelan dui syiling

Question: Anak saya berumur 1thn tertelan duit syiling..sy sudah bt xray n mndapati duit syiling berada di dlm perut.. apa yang perlu sya lakukan untuk memastikan duit syiling yg berada dlm perut ank dpt di keluarkan.. (Nurjannah)

Answer: Duit syiling ini kemungkinan besar akan turun perlahan-lahan dan akan dibuang keluar bersama najis. Sekiranya sudah sampai ke perut, ia patut akan melalui ke usus kecil dan kemudia ke usus besar tanpa masalah, walaupun masih ada kebarangkalian ia akan terbantut di dalam. Ulangan xray pada beberapa hari nanti /seminggu nanti akan dapat membuktikan kedudukannya. Sekiranya xray yang diulang tidak menunjukkan tiada syiling lagi, maka ia adalah selamat.


Posted

in

by

Tags: