[Q&A] Anak menangis sampai pitam

Question: hi doktor, anak kedua saya berumur 9bln (girl) selalu bila dia marah/sakit menangis sampai tak keluar suara, dan pitam. apa yang saya sll lakukan, saya akan tepuk belakang dia sampai dia sedarkan diri dan menangis mengeluarkan suara. pertama sekali berlaku semasa umur dia 5/6 bulan. adakah ini sawan tangis? atau ada sakit lain ke… (Fieda Amit)

Answer: Daripada cerita ini, nampaknya anak anda mempunyai reflex anoxic seizure. Fenomena ini sepatutnya akan berkurangan semakin anak membesar, dan tidak perlu ubat. Walaupun demikian, saya nasihatkan puan membawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan fizikal dan assessment yang teliti supaya tidak membuat diagnosis yang salah.