[Q&A] Air RO

Question: Adsalamualaikum Dr,
Saya nak bertanya tentang air RO. Saya baru saja membeli coway water filtee dan ibu saya memberitahu bahawa air RO tidak baik untuk diminum. Bolehkah Dr menjelaskan tentang ini? Adakah air RO boleh melemahkan immunisasi badan kanak2? Lebih merisaukan saya kerana taska n tadika anak2 saya menggunakan air penapis RO juga.

Answer: Beberapa isu di sini untuk dipertimbangkan. Harus pastikan mesin filter RO ini adalah diiktiraf dan keselamatannya terjamin. Adakah risiko filter ini akan mendapat kontaminasi(pencemaran) daripada kuman ? Teknik RO akan menghalang segala-segala bahan yang mungkin toksik, namun mungkin juga mengurangkan kandungan zat mineral dalam air. Secara umumnya, air RO tidak membahayakan tetapi harus pastikan filter tidak tercemar dan memang berfungsi dengan betul, dan mungkin perlu pertimbangkan tambah zat mineral daripada cara lain sekiranya hanya minum air RO sahaja. Untuk membancuh susu untuk bayi, saya berpendapat masih perlu masak air betul-betul sehingga mendidih, dan bukan melalui mesin filter sahaja kerana tidak terjamin semua kuman terbunuh.

Comments are closed.