[Q&A] Buah-buahan dicampur dan dikisar sekali untuk dijadikan puree

Question: Hi Doktor :)

Bolehkah saya blend kan pisang dan betik sekali menjadi campuran puree? Saya ingin beri kepada anak saya yang berusia 6 bulan. Untuk pengetahuan doktor, saya sudah memberikan dia puree pisang dan puree betik. Tiada sebarang alergy berlaku. Cuma kali ini saya plan untuk mencampur buah-buahan itu untuk mencipta kelainan kepada menu makanan anak saya. Nasihat doktor amat saya hargai. Thanks. (Anida)

Answer: Hi puan Syabas kerana mencipta menu yang istimewa untuk anak kamu yang tinggi vitamin. Jika anak kamu sukakan campuran pisang Dan betik, anda boleh teruskan. Selain purée, anda boleh mencampurkan susu juga dan menjadikannya sebagai “milk shake”. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa pisang yang ditinggalkan di suhu bilik dengan lama akan bertukar warna dan rasa.