[Q&A] Tak nak makan

Question: Salam..doktor, sekarang anak saya berumur 1 tahun 7 bulan. Die tidak gemar makan seperti bayi2 lain yang mahu makan bubur nasi, sayur, roti dan seginy. Dia hanya mahu menyusu sahaja dan hanya mahu makan beras cerelac. Memandangkan saya risau anak saya mungkin kekurangan nutrisi, maka saya memberi dia makan supplement multivitamin with lysin appeton. Semenjak itu, selera menyusu menjadi kuat tetapi tiada perubahan dlam selera makan nya. Adakah ini normal?

Answer: Wassalam Hastuty, Kanak -kanak pada usia tersebut tidak memerlukan terlalu banyak susu kerana keperluan nutrisi mereka meningkat dan pemakanan seharusnya memenuhi keperluan tersebut. Corak pemakanan adalah satu habit yang perlu dipupuk. Boleh rujuk pada artikel ini untuk panduan http://www.doktorbudak.com/2013/07/18/anak-saya-tak-mahu-makan/ Selain daripada itu, melalui pengalaman saya, saya mendapati ramai kanak kanak yang minum banyak susu dan kerap sehinggakan mereka hanya kenyang dengan susu. Ini akan menyebabkan mereka kurang makan. Maka , susu perlulah dikurangkan secara berperingkat agar mereka tidak begitu kenyang sehinggakan tidak mahu makan dan terlalu bergantung pada susu. Ini adalah sesuatu yang mencabar pada peringkat awal kerana ramai ibu yang akhirnya akur dan memberi susu kerana anak menangis dan meronta ronta. Di sini perlunya kesabaran dan kreativiti. Satu lagi, cuba berikan makanan dahulu dan susu kemudian . Saya mengandaikan bahawa anak Puan tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain. Berat dan tinggi adalah indikasi nutrisi dan pertumbuhan badan yang seharusnya dipantau. Jika pertumbuhannya terbantut, dapatkan berjumpa pakar untuk bantuan