[Q&A] Suppository untuk kanak-kanak

Question: Doktor..mengenai ubat suppositori pcm/doclofenac..adakah ubat tersebut sesuai utk d berikan pd kanak2 yg mengalami demam?? Sesetengah pihak tidak setuju dgn panggunaan supp dan ada sesetengah nye menggalakkan penggunaan supp.sy ingin mendapat nasihat dan pandangan doktor mengenai perkara ini…adakah supp selamat?? Bila masa yg sesuai untuk menggunakan supp?kekerapan penggunaan serta Kesan2 penggunaannye..terima kasih (nik faznieyah mat za)

Answer: Suppositori paracetamol dan diclofenac memang digunakan untuk demam. Ubat suppository yang dimasukkan di bahagian dubur mempunyai kelebihan tindakan lebih cepat berbanding dengan ubat minum. Sekiranya kanak-kanak demam dengan suhu tinggi, adalah digalakkan untuk menggunakan suppository untuk menurunkan suhu kanak-kanak dengan lebih cepat. Oleh kerana ia juga merupakan ubat paracetamol, perlu diambil perhatian agar anak anda tidak terlebih dos paracetamol. Jumlah dos maksima paracetamol dalam sehari hendaklah diambil kira kedua-dua ubat supositori pcm dan ubat minum pcm. Adalah memadai sekiranya penggunaan pcm tidak melebihi 4 kali sehari (misalnya, sekali suppository dan tiga kali ubat minum). Ubat suppository juga boleh digunakan sekiranya anak anda enggan memakan ubat.