[Q&A] Pemakanan ibu yg menyusukan anak g6pd

Question: assalamualaikum wbtb dan salam sejahtera, Sya berhajat utk menyusu penuh anak lelaki sya selama 2 tahun.Anak lelaki sya telah disahkan g6pd dan sya telah diberi penerangan dr hospital tentang penjagaan diri dan pemakanannya.Persoalan sya ialah 1) bagaimana pula dgn pemakanan sya, adakah sya juga perlu elakkan makanan2 spt supplement vit.C, kacang soya n etc.2) apa pendapat doc berkenaan dgn soy lecithin yg byk digunakan dlm chocolate dan kek? adakah ianya juga sbhgn ‘trigger g6pd’? (Izzaty)

Answer: Hi Pn.Izzaty, Adalah lebih baik jika puan juga elak mengambil makanan yang akan mendatangkan komplikasi kepada pesakit g6pd. Ini kerana apa yang dimakan akan mempengaruhi kandungan susu ibu. Berkenaan soy lecithin, ianya adalah sejenis minyak yang kuantitinya amat sedikit sahaja digunakan dalam penghasilan chocolate dan kek. Asalkan puan tidak makan dengan banyak, puan tidak perlu risau.