[Q&A] Bayi tidak buang air besar

Question: Hi doktor…

Bayi saya berusia 5 bulan 25hari. 27.12.14 ni maka cukuplah 6 bulan. Apa yang merisaukan saya adalah bayi saya tidak buang air besar selama 12 harim kali terakhir adalahbpada 10.12.14 yg lepas… saya takut bayi saya sembelit.

Saya menyusukan bayi secara ekslusif. (Susu badan). Setiap hari saya memang melakukan urutan pada seluruh badannya. Pada abdomen sy selalu buat “iloveu”. Tapi dia masih tidak membuang air besar sehingga kini… sy ada memberikn dia dua sudu kecil air kosong kerana terlalu risau.. tapi tetap sama…

Bayi saya seorang yang aktif. Dia tidak banyak buat karenah dalam 12 hari ni… dan masih bermain dengan active.

Adakah ini normal? Perlukah saya berjumpa dengan paed? Apa yang perlu saya lakukan?

Tq Doktor.
WEN.KL

Answer: Air kosong tidak akan menolong bayi buang air besar. Sekiranya anak sihat, menyusu dengan baik dan tidak perut kembung, saya tidak akan terlalu risau. Namun, ada faedahnya untuk mendapatkan pemeriksaan dan kepastian daripada doktor pediatrik. Kemungkinan besar ini adalah berpunca daripada eksklusif breastfeeding di mana penyerapan dan pencernaan adalah mudah dan lembut.


Posted

in

by

Tags: