Doktor, anak saya bertukar ke susu formula tetapi mengalami alahan sejak usia 4 bulan . Saya telah mencuba susu kambing dan soya tetapi masih mengalami masalah yang sama. Susu apakah yang patut saya berikan ?
Aeisyah
As salam Puan Aeisyah,
Masalah alahan susu formula atau istilah perubatannya “Alahan Protein Susu Lembu” adalah masalah yang semakin kerap dilihat berlaku di kalangan bayi. Ianya kerap terjadi sewaktu bayi-bayi pertama kali dimulakan dengan susu formula samada sewaktu ibu mereka mula mencampurkan penyusuan dengan susu formula sebelum mereka mula berkerja selepas habis tempoh pantang atau bayi-bayi yang terus dimulakan dengan susu formula selepas dilahirkan.
Simtom alahan yang ditunjukkan oleh bayi mungkin berbeza. Simtom alahan yang serius seperti sesak nafas, bengkak di bibir dan tepi mata serta ruam yang timbul beberapa minit sahaja selepas mengambil susu formula mungkin boleh terjadi. Ini jarang berlaku. Yang lebih kerap berlaku adalah manifestasi yang kurang serius dan berlaku beberapa jam atau dalam setengah-setengah pesakit beberapa hari selepas susu formula diambil. Antara simtom yang biasa dilihat adalah cirit birit, muntah, darah di dalam najis, sembelit dan ruam di kulit. Bayi yang mengalami masalah ini turut didapati gagal mencapai berat yang optima untuk tumbesaran.
Walaupun simtom alahan biasa dilihat selepas mengambil susu formula, TETAPI ianya boleh dimanifestasikan oleh bayi yang menyusu badan sepenuhnya. Bagaimanakah ianya terjadi? Produk tenusu termasuklah susu lembu, krim dan seumpamanya yang diambil oleh ibu yang menyusu badan sudah tentunya mengandungi protein lembu dan sebahagian kecil daripada protein ini dikesan di dalam susu ibu dan amaun yang kecil ini sudah cukup untuk menyebabkan reaksi alahan kepada bayi.
Merujuk kepada rawatan masalah ini, ianya adalah sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan adalah memberhentikan susu formula yang mengandungi protein lembu di dalamnya. Umum mengetahui semua susu formula bayi adalah diproses dari bahan asas iaitu susu lembu. Jadi usaha menukar “jenama” susu sahaja adalah sia-sia. Pilihan yang ada tersenarai di bawah:
- Susu formula berasaskan protein soya: Ianya nampak seperti suatu alternatif yang mudah. Tetapi, susu soya tidak boleh diberikan kepada bayi yang berumur 6 bulan ke bawah. Ini sudah termaktub di dalam saranan banyak organisasi seluruh dunia. Tambahan pula, terdapat risiko lebih kurang 20% bagi bayi yang sudah dikenalpasti alah kepada susu lembu untuk turut sama alah kepada protein soya.
- Susu protein lembu khas (extensively hydrolyzed formula): Walaupun ianya masih berasal dari susu lembu, tetapi struktur molekul protein susu ini telah dipecahkan melalui proses khas kepada molekul yang lebih kecil mengurangkan risiko ianya menyebabkan alahan kepada bayi yang mengambil susu ini. Kita mungkin biasa terjumpa susu hypoallergenic yang biasanya dijenamakan dengan huruf HA dihujungnya di pasaran. Tetapi susu HA ini adalah di dalam kategori “partially hydrolyzed formula” di mana molekul proteinnya tidak cukup kecil untuk tidak menyebabkan reaksi alahan. Oleh itu, susu ini TIDAK sepatutnya digunakan untuk rawatan alahan protein susu lembu. Menurut kajian, ianya hanya sesuai diberikan kepada bayi yang mempunyai ibu atau bapa yang mempunyai masalah alahan dengan tujuan mengurangkan kebarangkalian bayi mendapat masalah alahan sekiranya ibu memilih untuk tidak menyusu badan yang sememangnya pilihan yang paling baik.
- Susu protein lembu khas (amino acid based formula): Molekul protein susu lembu di dalam susu khas ini telah dipecahkan strukturnya menjadi molekul terkecil untuk menghapuskan sama sekali potensi susu ini menyebabkan reaksi alahan kepada bayi yang mengalami masalah alahan protein susu lembu. Biasanya doktor pakar hanya menyarankan penggunaan susu ini untuk bayi yang mengalami manifestasi serius alahan protein susu lembu atau bayi yang masih menghadapi masalah yang sama setelah susu “extensively hydrolyzed formula” digunakan.
Penggunaan susu kambing adalah langkah yang kurang bijak kerana kajian telah menunjukkan yang 80% bayi yang dikenalpasti alah dengan protein susu lembu akan turut sama alah dengan protein susu kambing. Kebelakangan ini, kita telah melihat kehadiran susu formula berasaskan protein beras di pasaran. Tetapi pada masa ini, kesesuaian pilihan ini di dalam rawatan alahan protein susu lembu belum dipastikan dengan konkrit lagi.
Untuk bayi yang mempunyai simtom alahan tetapi masih menyusu susu badan seratus peratus, ibu harus pantang daripada mengambil produk tenusu tetapi harus memastikan mengambil pil kalsium tambahan kerana produk tenusu adalah sumber utama kalsium.
Harus di ingat yang pilihan di atas perlu ditentukan oleh doktor pakar yang biasa merawat masalah ini. Ibu-ibu tidak seharusnya membuat keputusan sendiri tanpa pengawasan doktor pakar kerana terdapat kes yang disyaki menghadapi alahan tetapi simtom yang dialami disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Ini penting kerana doktor yang merawat mungkin akan menjalankan penyiasatan lain jika perlu.
Disediakan oleh Dr. Nazrul Neezam Nordin
Dr. Nazrul Neezam Nordin is a Consultant Paediatrician who also sub specialises in Paediatric Gastroenterology & Hepatology, a speciality that manages paediatric intestinal and liver diseases. He is currently practising as a Consultant Paediatrician & Paediatric Gastroenterologist & Hepatologist at Sunway Medical Centre after many years in government service. His last position before joining Sunway Medical Centre was Head of Paediatric Gastroenterology Unit, Paediatric Institute, Kuala Lumpur Hospital. He attained Bachelor of Medicine & Surgery (MBBS) from the University Of Malaya and completed his Master of Paediatrics degree (MPaeds) at the same university. After serving Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh as a Paediatrician, he commenced his sub sspecialty training in Paediatric Gastroenterology & Hepatology at University Malaya Medical Centre, Hospital Selayang and eventually spent a year as a clinical fellow at world renown children hospital, The Royal Children’s Hospital, Melbourne, Australia. Other than treating general paediatrics and neonatal problems, he manages complex paediatric gastroenterology and hepatology diseases on regular basis.
as salam doc.anak saya berusia 88 hari.dari umur 14hari saya telah memberinya fm frisolac sehingga dia berumur 2 bulan.masalah cirit birit (kekerapan sehingga 9 kali sehari)timbul setelah dia menerima suntikan 2 bln,phenemucicoal dan oral rotavirus.saya telah mencuba friso comfort dan enfalac gentleast tp masalah masih sama.saya juga ada mencuba susu soya.dan hasilnya bayi berak darah.setelah mengambil probiotik,darah hilang dlm masa 2 hari,namun cirit birit masih berlaku (5-6 kali sehari).keadaan Juga sama apabila saya campur sedikit sukatan susu pepti dumex.kini saya mencuba susu lactogen,masih cirit birit (5-6 kali sehari)
cirit birit yg dimaksudkan,najis seperti mentega hanya 2 kali,dan selebihnya,ada sedikit cair dan berlendir,warna masih kuning-dan ada kala hijau kuning.kini sudah 3 minggu bayi mengalami masalah ini.untuk pengetahuan doctor anak saya juga prolong joundice.bacaan antara 7-10.setelah pemeriksaan dibuat,dia sihat.tiada masalah lain.kini?
bayi saya dlm masa 2-3 hari ini sudah mula menunjukkan demam ringan(mungkin kepenatan kerana kami travel 3-4 jam kerana pulang berhari raya).namun masih active,minum susu seperti biasa dan dpt tidur.cuma apabila demam ringan,bayi sedikit meragam.soalan saya,adakah anak saya ada ciri2 penyakit serius dan apakah susu yg boleh doctor cadangkan.
terima kasih
wani
Salam Dr.
Mintak pendapat doktor mengenai susu formula berasaskan susu kambing ie Karihome. Adakah sesuai untuk bayi pramatang di bawah umur 6 bulan? Adakah ia hanya sesuai apabila umur melebihi satu tahun?
tiada keperluan untuk menggunakan susu kambing dari segi aspek perubatan berbanding susu formula lain berasaskan susu lembu. 90% bayi yg alah kepada susu protein lembu turut sama akan alah kepada protein susu kambing.
Bayi tidak alah kpd kedua2. Saya cuma curious ttg nutrien susu formula kambing. Harap dapat penjelasan. Tq.
maaf doc
saya tidak perasan reply doc tempohari
tq
wani
as salam doc.anak saya berusia 88 hari.dari umur 14hari saya telah memberinya fm frisolac sehingga dia berumur 2 bulan.masalah cirit birit (kekerapan sehingga 9 kali sehari)timbul setelah dia menerima suntikan 2 bln,phenemucicoal dan oral rotavirus.saya telah mencuba friso comfort dan enfalac gentleast tp madalah masih sama.saya juga ada mencuba susu soya.dan hasilnya bayi berak darah.setelahengambil probiotik,darah hilang dlm masa 2 hari,namin cirit birit masih berlaku (5-6 kali sehari).kini daya mencuba lactogen,masih cirit birit (5-6 kali sehari)
cirit birit yg dimaksudkan,najis seperti mentega hanya 2 kali,dan selebihnya,ada sedikit cair dan berlendir,warna masih kuning-dan ada kala hijau kuning.kini sudah 3 minggu bayi mengalami masalah ini.
bayi saya dlm masa 2-3 hari ini sudah mula menunjukkan demam ringan(mungkin kepenatan kerana kami travel 3-4 jam kerana pulang berhari raya).namun masih active,minum ausu seperti biasa dan dpt tidur.cuma apabila demam ringan,bayi sedikit meragam.soalan saya,adakah anak saya ada ciri2 penyakit serius dan apakanh susu yg bole doctor cadangkan.
terima kasih
wani
Kena pastikan ianya bukan jangkitan. Ada kemungkinan ianya alahan. Sila rujuk dr pakar utk penilaian lanjut.
maaf doc
saya tidak perasan reply doc tempohari
tq
wani
Salam doktor,
Saya sudah memcari susu fomula yang dihidrolisis sepenuhnya tetapi saya tidak tahu susu jenis tersebut jenama apa.Boleh doktor bantu saya dengan memberi contoh jenama susu tersebut.Anak saya berusia 8 bulan.Pelbagai susu saya telah cuba kepada anak saya tetapi bayi saya tetap mengalami alahan termasuk susu soya isomil.Sebelum ini saya mengepam susu dan tinggal kepada pengasuh tetapi susu saya semakin hari semakin berkurangan.Diharap doktor dapat membantu saya.Terima kasih atas bantuan doktor
As salam Pn Aziyatul,
Puan boleh mencuba susu “Mamex pepti” Boleh diperolehi di kebanyakan klinik pakar kanak2 atau farmasi. Ianya dijamin halal
Assalamualaikim doktor,
Anak saya berumur 4 bln setengah. Sudah 2 hari dia mengalami cirit. Najisnya menjadi seperti kacang dhal bercampur dgn lendir. Utk makluman doktor, dia minum susu S26 sejak dr umurnya sebulan. Sebelum ni tak ada masalah dgn susu ni. Adakah dia sdh x sesuai dgn susu ni? Ataupun perlu tukar sementara ke susu LF? Mohon nasihat drp doktor.
Assalam Doktor
Anak saya berumur 2 tahun 6 bln dan mengalami eczima yang teruk dia juga alah kepada produk tenusu dan soya sehingga sekarang masih tidak boleh minum susu..alahan menyebabkan gatal2 yang teruk akibat dari menggaru dan menyebabkan luka menjadi kasar. bagaimana saya hendak mengurangkan rasa gatal tersebut.
Helen
saya baru menukar susu formula anak saya selama 1 minggu,sblm ini anak saya minum susu lactogen dan tak pernah ada masalah.Tp weight anak saya tak berapa bagus.Jadi saya tukar susu dia pada anmum,najis ok tp anak berapa suka nak minum.Saya tukar ke susu snow.Masalahnya doktor,sudah seminggu dia minum susu snow,sejak smlm dia kerap buang air besar,najis cair.Soalan saya ialah adakah sebab susu snow yang saya bagi itu?TQ.
assalamualaikum Dr Nazrul,semasa anak pertama saya berusia 8 bulan dia mengalami cirit birit dan mutah n peads di hospital kata dia alah kepada laktosa protein susu lembu n mereka menyarankan untuk memberikan anak saya susu soya (saya berinya isomil) soalan saya…adakah alahan ini akan berterusan sehingga ank saya besar?sekarang ank saya berusia 3 tahun…dan saya masih memberinya susu soya (3 atau 4 kali sehari)…saya ada terbaca yang susu soya akan menyebabkan antibodi anak tidak kuat…mohon pencerahan Dr…TQ
Tidak sepatutnya memberi susu soya secara berterusan. Utk pesakit cmpa ada protokol yang boleh diikuti utk pemastian status allergy pesakit. Sila berbincang dgn pakar pediatrik gastroenterologi yang biasa merawat masalah ini.
Terima kasih
Salam Doktor,
Saya ada anak perempuan (1thn 5bln) yang mengalami masalah sembelit serta berat badan yang kurang 7.5kg. Dia akan poopoo 3-4 hari sekali dengan najis yang keras. Saya telah berjumpa pakar dan sarankan Pediasure tetapi masalah sembelit masih ada. Pakar juga syorkan S26 PE juga sembelit. Saya juga pernah mencuba Enfagrow (sembelit), Anmum (sembelit), Lactogen (anak tak suka), Dugro (anak tak suka) & Dutch Lady (sembelit). Tapi hadapi masalah yang sama. Saya jadi takut untuk mencuba dan apabila dibawa ke pakar, akan diberi HEXBIO untuk peghadaman, ubat lactulose serta ubat prime enema (untuk dubur). Apakah saran atau nasihat doktor berkenaan masalah ini.
wslm,
masalah sembelit dan kurang berat badan perlu penilaian lanjut dari pakar kanak2 gastroenterologi. jika hanya sembelit tanpa masalah kurang berat badan, ianya jarang disebabkan oleh masalah serius. bagaimanakah tabiat pemakanan seharian? maklumat ini penting untuk doktor menilai masalah anak puan. saya tidak fikir menukar susu akan membantu masalah anak puan melainkan jika ianya melibatkan faktor alahan susu lembu. ini perlu dipastikan secara teliti dan mustahil tanpa membawa anak berjumpa pakar. maklumat lanjut mengenai sembelit boleh diperolehi di sini http://www.myhealth.gov.my/index.php/sembelit/sembelit-di-kalangan-bayi
Terima kasih atas nasihat doktor. Saya ingin bertanya, adakah pakar pediatric dan pakar gastroenterologi berbeza? Untuk pengetahuan doktor, saya telah membawa anak saya ke 3 pakar kanak-kanak sejak dia berusia 7 bulan dan setelah follow-up, tiada perubahan dari segi berat badan serta sembelit kerap berulang. Nasihat dan ubatan dari mereka adalah dengan memberi vitamin Appeton. Adakah saya perlu ke pakar gastroenterologi? Mohon pandangan doktor.
Sememangnya berbeza pakar pediatrik gastroenterology ada latihan tambahan tentang rawatan masalah usus dan hati kanak2 sesudah selesai latihan kepakaran pediatric. Masalah berkenaan usus yg kompleks biasanya akan dirujuk kpd mereka
asalamualaikum dokter.. bby sy skg 44 hari.bby boy.. fully bresfeed.so sy dh nk start keja tak lma lgi.sy dh try utk bby susu similac smlm tpi bby mengalami muntah setelah minum susu similac.sy nk mntak cadangan dokter susu mna yg lebih baik untuk bby sy.
baby sy berumur 1 tahun 3 bulan sejak berusia 22 hari dia minum susu dulac lactose free,skrg masih minum lg dan dlm masa yg sama saya mencampurkan sodium bycup kedlm susunya utk mengurangkan asid dlm badan..(R.T.A )skrg dia x nak minum susu sgt adakah sy patut tukar susu kerana susu skrg nie utk smpi usia 1 thn sahaja dan perlukah saya cari jenis susu yg sama.
Assalam Dr Nazrul..
Saya dapati anak sy skrg ada rashes kat muka dan kepala. Adakah ini dikata eczema? Patut ke sy bwk g klinik? Fyi, anak sy berumur 35 hari. Tak penah bf. Anak sy baby pramatang which is lahir masa 36 mgu tapi berat hanya 2.2kg. Dia minum susu mamex gold pramatang. after 1 month, berat dia naik 3.5kg. so sy tukar susu mamex gold tanpa laktosa tapi rashes dia makin byk. Apa patut sy buat yer Dr? Thanks
salam Dr.Nazrul
baby saya baru msuk 2bulan baby saya ada masalah sembelit dan jadi ruam kat muka dan leher adakah dia berpunca dari susu formula,sekarang baby saya minum susu similac total comfort. terima kasih.
wslm,
Kemungkinan itu ada sila berbincang dgn doctor puan, Tidak digalakkan menukar susu sendiri tanpa penilaian pakar,
Wslm,
Saya tidak melihat masalah sembelit anak puan berkait dengan jenis susu yang diambil. Sila rujuk link ini http://www.myhealth.gov.my/index.php/sembelit/sembelit-di-kalangan-bayi
Terima kasih.
Salam Dr Nazrul,
anak saya ada masalah untuk buang air besar. najis dia pon warna hitam. saya dah cuba pelbagai jenis susu seperti pediasure, anmum, enfagrow,dugro fruit&vege,ducth lady, novalac it tetapi hasilnya anak saya tetap sembelit . boleh dr nazrul bantu saya mengatasi masalah saya. terima kasih.
salam dr nazrul…
saya nk minta pendapat bg bayi yg ada G6PD susu apa yg sesuai di gunakan..
Wslm,
Masalah G6PD tiada kena mengena dengan jenis susu. Terima kasih.
HYE DOCTOR…anak saya berumur 1tahun 6bulan…now da 1week anak sya mgalami cirit birit …pas minum susu 5mnit kemudian msti cirit…so i da bwa anak ke peds hkl smlm…doc suggest ambil susu lf dalm 2-4 weeks dulu…so doc suggst susu similac lf… anak saya minum oky alhmdullh..msalahnya …susu similac tu untuk bayi 0-12 bulan sahaja..xda effect ke klu umur anak sya da 1tahun 6bulan…. n nak tanya susu pedisure tuk lf ke?? sbb doc kat hkl tu ckp pedisure bkn susu lf…. terima kasih doctor….
Pediasure is lf. Tq
Tq doctr…. tp klu susu similac tu for 0-12bulan je… anak da 1year 6mnth bole bgi jugak kee?!sbb i tgk dye srasi dgn susu ney buat masa skarang….
wslm pn waty,
maaf saya tidak dapat memberikan komen lanjut tanpa memeriksa anak puan.
terima kasih
waty
Assalammualaikum doc…tma ksih krana bls coment sy.mmg btl ssu pediasure utk mslh brat bdan.ank sy mmg mgalami mslh brat bdan.smlm sy tmbg ank sy 1y13d br 7.3kg.ank sy mkn bselera tp dr bby brt bdn xbrp ok.dh bg mnm ssu pediasure pun still sm.br2 ni sy tslh bli perasa coklt spttnya vanilla.1st day ank sy mnm ok.msk 2nd day kn crit brit sy dh tkrkn kpd vanilla smula tp ank sy still mcm tu.skrg dh smnggu.sy tya doc ank sy xpe trskn ssu pediasure.tp klu kerp sgt poopoo mcm mn bdan nk berisi.dlm 1 ari adalh 3@4x poopoo.perlukh sy tkr ssu lain.
Bt pgetahuan doc ank sy crit wrna kuning coklt lendir xbyk.tp punggung xde mlecet.stiap kl mnm ssu…..tlg doc bg pjelsan..
Salam Dr.Nazrul…
Anak saya berumur 45 hari. Bila dia bernafas seolah2 banyak kahak. Tp dia tidak selsema @ batuk. Saya pergi klinik & doctor bgtau anak saya elergik susu lembu. Doctor menyarankan saya tukar susu formula sekarang kepada susu jenis HA. Boleh dr.cadangkan susu HA apa yg sesuai. Betul kah kahak tu disebabkan oleh susu yg ank saya minum skrg ?
saya kurang setuju dgn diagnosis alahan susu lembu sbg penyebab bnyk kahak. sekian, terima kasih.
Salam dr nazrul,
Saya ingin bertanya . Saya beri anak saya minum susu fm masa dia berumur 15 hari . Skrg dia berumur 20 hari . Pertanyaan saya . Semasa dia dibri breastfeed lagi dia sudah berak cair, dh saya beri susu fm dugro kerana kekurangan susu , dan baby sentiasa lapar . Semasa beri susu fm dugro dia cirit birit smpai memancut . Saya bertuka pulak pasa susu lactogen , apa yg saya risau . Ada ruam2 kecil muncul di muka anak saya . Adakah ia disebabkan alahan susu lembu ni ? Buat pengetahuan doc anak saya g6pd defcy . Harap doc boleh membantu saya . Terima kasih banyak doc .
Wslm Puan Syamimi,
Agak sukar saya memberikan komen tanpa memeriksa anak puan sendiri.
Terima kasih
Salam doc… anak saya skrg 4 bln… masalah dia mata selalu ada tahi mata sejak lahir lagi. Dan ada ruam di pipinya… adakah sebab tahi mata yg myebabkan ruam pada kulit pipi nya @ dsebabkan susu formula?
Wslm Pn zue,
Saya tidak fikir ianya berkaitan.
Terima kasih.
Assalammualaikum doc Nazrul….
Bby sy skrg ni nk msk 1thn tp sy dh berikn bby mnm ssu pediasure….ni ats saranan doc bby sy…sblum ni bby mnm enfalac a+…mamex..friso..s26…mslhnya bby sy brat xbrp ok dan kerap demam selsema…dh msk sbln bby mnm pediasure tp 2 arini siang bby xnk mnm…smlm 6/3 bby bgn kul 12tghari hngga ke mlm xnk mnm…stlh bby tido br dia mnm sprt biasa…ada yg ckp ssu ni mgenyangkn bby…ada yg ckp perlu cmpur ssu lain…mksdnya diselang seli siang ssu lain..mlm ssu lain…mnta pjelasan dr doc…tq
Wslm pn waty.
Penggunaan susu pediasure adalah utk kanak2 yg mengalami masalah berat badan kerana ianya berkalori tinggi dan lengkap sebagai sumber pemakanan seharian. Ia hanya disyorkan utk penggunaan kanak2 setahun ke atas bukannya untuk bayi.
Boleh kalau nak diselang selikan dgn susu lain, tiada masalah.
Sekian terima kasih.
Assalammualaikum doc…tma ksih krana bls coment sy.mmg btl ssu pediasure utk mslh brat bdan.ank sy mmg mgalami mslh brat bdan.smlm sy tmbg ank sy 1y13d br 7.3kg.ank sy mkn bselera tp dr bby brt bdn xbrp ok.dh bg mnm ssu pediasure pun still sm.br2 ni sy tslh bli perasa coklt spttnya vanilla.1st day ank sy mnm ok.msk 2nd day kn crit brit sy dh tkrkn kpd vanilla smula tp ank sy still mcm tu.skrg dh smnggu.sy tya doc ank sy xpe trskn ssu pediasure.tp klu kerp sgt poopoo mcm mn bdan nk berisi.dlm 1 ari adalh 3@4x poopoo.perlukh sy tkr ssu lain.
Assalamualaikum doc….
sy nk.minta pandangan doc…ank sy sejak minum susu dugro dia sering alami bisul….sy dh bw pergi klinik n amik antibiotic…bisul tu hilang…xbrape lame lpas tu bisul akn kluar blik… bisul tu sering terjd d bhgian kepala…sbelum ni ank sy mnum susu dutch lady…dri rumusan bayi sehingga 1 thun.tp selepas tu dia kne sembelit…sy tukar dugro…alhamdulillah dh x sembelit…tp bru dlm lingkungan 7 bulan minum dugro…dia sering kene bisul… bisul besar d hidung…d bhgian kple… baik n berulang lgi d bhgian yg lain… n sejak minum dugro ni ank sy sering alami crit birit sehingga 1 minggu…mudah kembung perut dan merengek waktu tidur mlm….sbb seblum ni dia xde alami simptom2 mcm ni…adakah d sebbkn susu ?? Kalo d sbb kn susu…apakah susu yg ptut sybgi pada ank sy…ank sy skrng bru berusia 1thun 7 bulan…
Wslm Pn sofiya
Saya tidak fikir ianya berkaitan.
Terima kasih.
wslm pn suhas,
seperti ditulis di artikel terdapat pelbagai pilihan susu formula alternatif utk bayi yg mempunyai alahan susu lembu yang saya kira bayi puan mengalaminya berdasarkan simtom beliau yg agak spesifik. sila berjumpa pakar kanak2 yg biasa merawat masalah ini untuk membincangkan pilihan yg paling sesuai utk anak puan. saya tidak menggalakkan puan mencuba sendiri kerana seperti masalah kesihatan lain, bayi yg mempunyai masalah cmpa perlu ada rawatan ulangan secara berkala dgn pakar. ianya melibatkan pemeriksaan fizikal secara berkala, proses “rechallenging” dan sebagainya. terima kasih
wslm puan anis,
saya tidak fikir ianya simtom alahan susu lembu kerana beliau telah mula menggunakan frisolac sblm ini melainkan sekiranya ianya terjadi sebaik sahaja mula menggunakan susu frisolac yg semestinya susu lembu.
terima kasih
thanks for your reply doctor…
thanks for your reply doctor…
but 1 more thing, apa side effect cheesedale & yogurt (calcium fernleaf) utk bayi bwh 1tahun??
Tiada jika anak tidak allergic kepada protein susu lembu.
Mase baby saya kene diarrhea, saye bg minum Mamex LF..Then bile diarrhea dh stop, sy stop bg Mamex LF but susu yg dh dibuka mesti dihabiskan dlm mase 3weeks..So boleh x if sy campurkan susu Mamex LF dgn Frisolac tu?? Means bile sy buat susu die, air 5oz dicampurkan 4scop Frisolac & 1scop Mamex LF..sbb sy x nk bazirkan susu2 tu..
wslm pn yatie, Saya kurang setuju dengan saranan menukar susu hanya dgn simtom yang bayi puan alami dan satu lagi, formula HA seperti yang telah dinyatakan di dalam artikel adalah bukan salah satu pilihan rawatan utk alahan protein susu lembu.
Terima kasih.
wslm puan aisya,
puan tidak perlu bimbang dengan penggunaan lactulose. ianya selamat digunakan utk tempoh panjang.
terima kasih
wslm puan ida,
seperti dimaklumkan di dalam artikel susu ha bukan pilihan utk bayi yang disyaki menghidapi cmpa. memang ramai doktor atau ahli farmasi yang masih keliru dlm hal ini dan masih menyarankan penggunaan susu ha.
simtom ekzema agak kurang spesifik utk alahan susu lembu sahaja kerana ianya boleh terjadi atas sebab alahan terhadap hampir semua objek di persekitaran bayi. ianya perlu penilaian lanjut oleh pakar yang biasa merawat masalah ini. terima kasih.
Maaf doc..Tambahan info,berat bayi sekrang sekitar 9-10 kg.
Assalamua’laikum Doc,
Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan setengah dan menyusu ibu sepenuhnya. Saya mengambil pil tambah susu seawal bayi berusia 4 bulan kerana kuantiti susu kurang memberangsangkan. Semua jenis susu formula alah kepada bayi saya termasuk coklat. Sekelip mata, selepas minum susu atau makan produk yang mengandungi hasil tenusu akan menimbulkan ruam sekitar mulut (sekitar mulut sahaja) kecuali coklat (bengkak muka).Sekarang sy mendapati pengeluaran susu sy agak berkurangan dan permintaan bayi sentiasa tinggi terutama waktu tengah malam. Apakah jalan penyelesaiannya doktor? Terima kasih kerana sudi memberi maklum balas.
wslm azmin,
sudah tentu boleh tetapi susu ibu masih pilihan yang terbaik utk anak encik.
terima kasih.
As salam dr. Anak sy berusia 10bln & minum frisolac step 2..Pd 28/02 buang air besar 4kali/hari & najis nye berketul..Pd 01/03 buang air besar 4kali/hari & najis nye lembik..Pd hr ni 02/03, dlm mase x smpi 1 jam, buang air bsr 2kali & najis nye lembik..1jam slps itu mertua sy bg mkn biskut marrie & buang air bsr lg tp najis lembik & berlendir..adakah ini di sbb kan alahan susu formula tersebut..??? Atau pun di sbb kan cheesedale & yogurt??
Salam dr Nazrul. Anak saya menggunakan gastrostomy tube. Alhamdulilah dia sihat walafiat, cuma masalah dia sekarang dia membuang air besar selang 3-4 hari dan keras macam batu.sehingga kini dia bergantung kepada ubat lactulose 670mg. Soalan saya, ada kesan buruk tak sekiranya dia sentiasa menggunakan ubat ini sebagai membantu lembutkan air besar.anak saya sudah menggunakan ubat ini sejak 6 bulan lepas.jika tidak dia akan membuang sambil meraung dan berdarah merah.tq doc
Assalam Dr. Anak saya berumur 5 bln. Sejak saya mencampurkan susu badan dan susu formula pada usia 3 bulan, ekzema mula terjadi. Dr sarankan kami bertukar kpd susu HA. Namun anak saya langsung tidak mahu menyusu. Terpaksalah teruskan dgn susu formula sblm ni. Ekzemanya makin teruk. Apakah cara utk mengatasinya? Tk.
Salam dr. Boleh ke if saya nk bg susu formula pada usia anak saya baru mencecah 15hari?
Hye doctor… bayi saya berusia 12 hari dan mnom susu ibu dan susu formula lactogen, dan anak saya berak setiap hari. Kemudian saya tukar ke susu s26, sudah 2hari tak berak. adakah normal bayi baru lahir tak berak selama 2hari tp asyik kentut shja?
Hai pn mimie,
Masih di kira biasa kerana ada bayi yang hanya membuang air besar sekali setiap beberapa hari. Asalkan najis yang keluar adalah dalam kuantiti yang banyak dan konsistensi yang normal iaitu tidak keras atau seperti ketulan kecil.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum Dr. Nazrul,
Anak saya berumur 5 bulan setengah dan mengambil susu formula. Berikut apa yang berlaku pada anak saya :
1. S-26 Gold Langkah 1 – Sembelit & Eczema
2. Frisolac Comfort – Masih Sembelit & Eczema
3. Karihome Langkah 1 – Tidak sembelit lagi tetapi masih Eczema tapi tidak seteruk sebelum
4. Nan AL110 Lactose Free – Tidak sembelit tetapi eczema semakin teruk
5. Isomil Lactose Free – Tidak sembelit tetapi eczema & bintik merah satu badan
Susu apa yang doc suggest untuk mengelak anak saya dari sembelit & eczema terus berlaku? Kami buntu kerana tidak tahu susu mana yang sesuai untuk anak saya.
Waalaikumsalam en fazli,
Pada pendapat saya, eczema anak encik tiada kena mengena dgn alahan protein susu lembu. Utk pengetahuan encik, masalah alahan kulit seperti eczema boleh disebabkan oleh hampir semua benda yg berada di persekitaran. utk pesakit sebegini ada kalanya ujian darah utk alergi atau skin prick test perlu. Saya sarankan encik berbincang dengan doktor pakar utk maklumat lanjut. Terima kasih
Wslm pn nadiah,
Anak di lihat boleh mengambil susu enfalac pada mulanya tanpa sebarang masalah. Oleh itu, masalah CMPA kemungkinan bukan penyebab simtom yg dialami. Simtom muntah mungkin disebabkan oleh masalah refluks .. puan bolleh merujuk topik refluks yg telah dibincangkan di doktorbudak untuk memahaminya. Saya menyarankan puan membawa anak berjumpa doctor pakar untuk penilaian lanjut.
Wslm Cwmalia,
Saya sarankan puan membaca artikel yang ditulis. Susu soya bukan pilihan terbaik untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah yang mengalami CMPA. Pilihan terbaik ialah susu “extensively hydrolyzed formula” dan pilihan yang ada adalah Mamex pepti yg satu satunya telah disahkan halal.
Assalamualaikum doc.
saya ada masalah mengenai penyusuan anak. sebelum ni dari dalam pantang anak saya minum enfalac tiada masalah, tapi 2 minggu lepas bila saya beli pack yang baru bagi anak minum terus muntah. selama 3 hari saya perhatikan selepas minum susu dalam 10 ke 30 minit mesti muntah, kalau saya bagi bubur nasi tak muntah pula so saya rasa sebab susu. selepas 3 hari tu saya cuba tukar susu kepada friso. bagi friso terus tak muntah tapi masalah lain pula anak saya cirit birit dalam 3,4 kali sehari, najis cair memancut sampai habis baju dan seluar dan katil pun kene. dah 5 hari dia macamni. saya pernah try anmum tapi naik merah-merah. sekarang anak saya 8 bulan. 4 bulan pertama je campur dengan breastmilk. bingung saya doctor fikirkan hal susu anak ni. susu ap yang perlu saya tukar?
Wslm en hasif,
Kekerapan buang air besar adalah subjektif dan mungkin berbeza di kalangan kanak-kanak tetapi apabila ianya turut melibatkan masalah peningkatan berat badan, pemeriksaan teliti harus di lakukan oleh dr pakar. Saya sarankan pemeriksaan lanjut.
Assalamualaikum… dr saya nak tanya apakah susu yang sesuai untuk menaikkan berat badan bayi.. anak saya baru berumur 5 bulan dan mengalami cmpa.. kalau minum susu lembuh naik ruam.. bengkak dan muntah.. sekarang minum isomil tapi dah 3 bulan berat badan statik 6 kg dr umur 3 ke 5 bulan. Adakah pediasure complete sesuai atailu saya kene tunggu umur setahun.. saya brestfeed pada waktu malam.. baby juga kurung minum susu isomil pada waktu siang di nursery.. tq
Assalamualaikum doc. Anak sy berumur 1 tahun 2 bulan. Sy beri dia minum susu pediasure sbb underweight. Semenjak dia minun pediasure berat bdn tidaklah ketara meningkat. Tp najis dia warna hitam dan dia buang air besar 4 ke 5 kali sehari dgn keadaan najis yg cair. Adakah perkara itu normal atau sy perlu mendapatkn pemeriksaan? Ribuan terima kasih atas pandangan dan nasihat doc.
Waalaikumsalam Puan Azura,
Simtom berkemungkinan berkait rapat dengan masalah alahan protein susu lembu. Tentang ruam yang terjadi selepas memakan beras cereal, adakah cereal tersebut mengandungi campuran susu di dalamnya atau dibancuh dengan susu ? Jika benar, mungkin reaksi alahan disebabkan oleh komponen protein susu lembu di dalam cereal tersebut. Tetapi, alahan kepada beras boleh juga berlaku tetapi kurang kerap berbanding protein lembu. Beliau perlu penyiasatan lanjut dan puan boleh merujuk dgn doktor pakar yang biasa merawat keadaan ini. Terima kasih.
Jawapan terakhir utk Puan Sabarina..harap maaf.
Terima kasih
Ye doktor. Dlm beras cereal mengandungi susu lembu n krimer. Apa jua bijiran segera di dlm tin baby sy akan mendpt alahan yg sama iaitu sekitar mulut menjadi kemerahan. Jika x mkn cereal tu
OK. Smlm sy berjumpa doktor n beliau sarankan guna lotion ezerra.. Nmpk kulit yg kering n kasar dh semakin lembut.. Alhamdulilah..
Waalaikumslm Pn Azura,
Agak sukar saya memberikan komen di sini tanpa mengetahui kronologi simtom yang lengkap. Simtom cirit boleh disebabkan oleh alahan protein susu lembu dan juga boleh disebabkan oleh “lactose intolerance”. Saya mencadangkan puan merujuk dengan pakar pediatrik untuk konsultasi lanjut dan jika perlu dirujuk kpd pakar gastroenterologi. Terima kasih.
Salam Doc Nazrul.
Ank sy 11 bln kerap mengalami cirit slps breastfeed or minum susu formula. Sehari dlm 2-3 kali najis dia cair. Ank juga mengalami kekeringan kulit yg agak serius di peha dan betis. Doc sarankan guna lactacyd sbg sabun mandian dan lotion sebamed baby. Nmpk ade perubahan tp bila x pkai kulit akan kering semula. Adakah 2 simtom di atas ini disebabkan ank sy alahan dgn protein susu or solid food? Ketika ank usia 6 bln, sy bg beras cereal terus sekitar mulut dia jd merah2 n bengkak. Terus stop bg. Masalah ini dah berlarutan selama 5 bln. Minta nasihat doktor. Terima kasih.
Assalam doctor nazrul…
Baby saya skrg berumur 1 tahun 6 bln…masalah saya..dr lahir baby tak minum susu bdn..sbb susy bdn xkuar…dr dia lahir saya beri susu similac lf tanpa laktosa…bile baby ber umur setahun sy cube tukar susu dugro..tp baby alahan naik merah2 n bengkak…skrg nie saya tukar susu similac biase untuk 1-3 tahun..tp jadi cirit birit. Teruk smpi melecet…soalan saya..adakah anak saya mmg alahan pada laktosa..apa yg perlu saya buat…hrp doktor boleh beri perincian n nasihat…terima kasih..
salam dr. ank saya 1 tahun 5 bulan.telah diberi susu formula sejak umur 1 tahun & tiada mslah.skrg bl minum die muntah terus.jk mkan minum air masak tiada masalah (tdak muntah). sdh 1 hari lebih die mntah jk diberi susu.skrg sy truma nk bg susu lg tkut mntah kembali.mohon penjelasan drp Dr
Waalaikumsalam,
Saya tidak fikir ianya berkait rapat dgn alahan susu lembu. Ada beberapa keadaan lain yang perlu dipastikan. Saya mencadangkan puan membawa anak puan berjumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Sekian, terima kasih.
salam saya cuma ingin berkongsi pengalamn menjaga anak yang alahan susu dan mengalami ezema.mula dikesan ketika umur 4 bulan,semasa permulaan makanan ,hanya bolih diberi ayam sahaja..doktor menyarankan penggunaan susu soya dan sya memberi susu isomil .antara banyak ubat sapu yang sy guna hanya calamine losyen yang bersesuaian.. berat badan pun menurun..kerap selsema dan batuk,alahan pada kulit hilang ketika umur 3 tahun..alhamdulillah..namun mslh selsema kerap berlaku dan berat badan x naik2..
Terima kasih doktor..berikutan soalan saya sebelum ini..sekiranya saya masih meneruskan pemberian susu lembu adakah tahap cmpa boleh menjadi lebih teruk?
Memandangkan diagnosis CMPA tidak konkrit di dalam kes anak puan, saya tidak melihat masalah sekiranya beliau terus ambil susu lembu. Tetapi, masalah kurang berat badan beliau perlu penyiasatan lebih lanjut lagi.
Terima kasih.
Salam dr nazrul,
Ujian darah anak saya telah menunjukkan alahan terhadap susu lembu(bacaan 1.88kUA/L). Paed telah mengambil sample darah disebabkan anak nampak agak kecil pada umur 17bulan.tetapi anak saya tidak mengalami alahan teruk sepanjang saya campur kepada susu formula bermula 6bulan kecuali sembelit sekali sekala dan berat yg kurang.akan tetapi anak mengalami alahan yang teruk (batuk teruk & sesak nafas) dengan pengambilan susu partially hydrolized fm untuk mengatasi sembelit.kemudian paed memberi susu khas untuk bayi cmpa malangnya anak tidak suka susu tersebut langsung.saya agak ragu-ragu untuk cuba soy based milk jadi masih continue formula biasa & fresh milk untuk anak.adakah boleh memudaratkan keadaan cmpa anak saya dengan pengambilan susu fm biasa dan fresh milk tersebut?apa pandangan doktor?
Waalaikumsalam,
Secara peribadi, saya agak sangsi dgn diagnosis cmpa. Walaupun, rast test positive tapi ianya tidak begitu tinggi dan tiada reaksi jelas cmpa walaupun puan masih meneruskan pemberian susu lembu. Masalah kurang berat badan jika signifikan perlu penyiasatan lanjut.
Terima kasih.
Assalam Dr Nazrul,
Berikutan daripada soalan saya sebelum ini, makanan jenis apakah yang sesuai untuk saya berikan pada bayi saya semasa berumur 4 bulan? Bolehkah saya beri telur putih kepada bayi saya? terima kasih:)
Saya mencadangkan pemberian baby cereal kerana ianya ringkas dan mudah hadam bersesuaian dengan sistem penghadaman yang belum matang sepenuhnya. Pemberian telur pada masa ini adalah tidak sesuai kerana makanan yang berpotensi tinggi menyebabkan alahan harus diberikan kemudian. Namun kajian tentang aspek ini masih giat dijalankan pada masa ini. Sekian, terima kasih
Buat pengetahuan Dr, anak pertama dan kedua fully breasfed hingga usia 2 tahun dan bayi saya masih fully breasfeeding.
Waalaikumsalam pn Azreen,
Utk masalah anak kedua, saya tidak dapat memberi komen tanpa penilaian terperinci. Beliau mungkin turut perlu penilaian dietician untuk tujuan penilaian kalori yang diambil seharian. Merujuk kepada pendapat untuk permulaan complimentary feeding pada umur 4 bulan, memang benar ianya boleh mengurangkan risiko alahan dan pada masa ini menjadi saranan ramai pakar kanak2 dari seluruh dunia.
Sekian, terima kasih. Dr nazrul
Assalam Dr,
Saya mempunyai 3 org anak. Anak pertama dan kedua menghidap allergi kepada protein susu lembu dan telur. Alhamdulillah, sekarang anak saya yang pertama sudah tidak alah lagi tetapi anak yang kedua (6 tahun)masih lagi alah pada protein susu lembu dan telur. Skin prick test test adalah positive. MAsalahnya ialah dia tidak gain berat badan dengan baik walaupun makan dalam kuantiti yang biasa. Apa nasihat Dr?
Anak saya yg ke3 baru berumur 4 bulan. Pakar kanak2 ada nasihat supaya saya mula beri makanan pejal seawal 4 bulan untuk cuba mengatasi risiko alergi. Saya ada membaca artikel bahawa ramai pakar kanak2 di Europe turut menyarankan perkara yang sama kerana dipercayai makanan yang tinggi risiko alergi sekiranya diberikan pada usia awal sebelum sistem imun lengkap dapat kurangkan alahan. Mohon penjelasan.
Salam Dr.
Anak saya berumur 4bln dan fully breastfed. Oleh kerana saya akan kerap kerja luar daerah.. saya cuba campur penyusuan anak saya dgn susu formula. Tapi saya rasa anak saya allegic dgn susu formula biasa. Masa pertama kali saya cuba.. muka anak saya terus naik ruam dari muka sampai perut… tapi bertahan hanya hingga keesokan harinya.. lepastu saya stop terus guna susu tersebut.. semalam saya cuba pula susu formula jenama lain.. naik ruam juga tetapi setelah 2-3jam selepas minum dan lebih tebal ruamnya berbanding dulu Serta naik ruam satu badan. Saya terus breastfeed sampai skarang. Nampak lega skit. Persoalannya.. perlukah saya terus bawa jumpa doktor lepas ruam naik di kulit anak… atau jika nampak x serius.. ada x cara mengurangkan ruam dan kegatalannya… Soalan kedua.. apa cadangan doktor untuk pemberian susu formula kpd anak saya…
Waalaikumslm pn Nina,
Simtom memang agak konsisten dengan alahan susu lembu. Ruam yang dialami boleh lega dgn rawatan ubat sapu dan makan. Tentang susu formula sesuai, puan boleh cuba susu extensive hydrolyzed formula setelah berjumpa doktor pakar untuk pemastian diagnosis. Anak puan perlu rawatan ulangan kerana seperti yang dinyatakan di dlm artikel, status alahan bayi yang mengalami masalah ini perlu dipastikan setiap 6 bulan.
Sekian, terima kasih.
Pn Lina,
Biasanya jangkamasa yang diperlukan sebelum simtom alahan hilang adalah lebih kurang 2 minggu sesudah elimination diet. Bayi yang masih mempunyai pendarahan walaupun elimination diet telah dilakukan perlu dipantau dan jika perlu penyiasatan lanjut perlu dijalankan. Pada usia 5 bulan seorang bayi mungkin sudah mula alah kepada protein lain. Dan ia juga mungkin salah satu sebab mengapa pendarahan masih berlaku dgn kadar sedikit tidak seteruk yang disebabkan oleh protein lembu. Utk pesakit sebegini, saya akan menjalankan beberapa ujian bg memastikan ianya bukan masalah lain. Yang telah sudah ada pesakit yang perlu pemeriksaan endoskopi di mana saya akan memasukkan kamera kecil melalui dubur untuk melihat sebab pendarahan masih ada. Ya kemungkinan ianya bukan proctocolitis sememangnya ada. Terima kasih.
Terima kasih atas penerangan Dr. Saya masih dlm fasa utk eliminate tenusu dlm diet saya. Saya juga eliminate makanan yg berpotensi menyebabkan alergi cthnya produk soya, kekacang dll. Anak sy dimasukkan ke hosp ampang semasa berumur 1 bulan setengah dan 2 bulan setengah kerana kami risau dgn blood streak tersebut. Xray abdomen dijalankan dan Dr kata tiada intusseseption dan hanya hnya discaj sbgai dysentry. Darahnya juga bukan redcurrant jelly. Semasa 3 bulan setengah masih ada streak drh lg dan kami ambil kputusan utk ke hkl. Dan Dr kata ada allergic proctocolitis. Sy telah melakukan elimination milk protein sejak itu scara perlahan-lahan dan sejak seminggu lepas sy betul2 berjaya eliminate semua produk tenusu trmsuk kekacang dan soya. Skrg anak sy berusia 5 bulan setengah dan msih terdapat blood streak di dlm najis. Bukan setiap kali ada drg dan bby tiada tanda sakit dan aktif sprti biasa.
Soalan sy:
1. Berapa lama sebenarnya allergen akan clear dr system sy dan anak sy?
2. Jika allergen sudah clear di dlm badan tapi anak sy masih ada streak drh di dlm njis, perlukah sy membawanya berjumpa Dr since beliau tiada tnda sakit dan tunbesarannya juga normal?
3. Apakan possible problem pada anak sy jika ia bukan proctocolitis?
Terima kasih Dr.
waalaikumsalam pn lina,
Saya mengandaikan yang simtom anak puan hilang selepas puan memberhentikan produk tenusu. Sememangnya diagnosis allergic proctocolitis boleh dipertimbangkan apabila sebab lain yg berpotensi serius di pastikan tiada pada bayi yg mempunyai simtom sebegini. Ujian darah (antibody testing) dan skin prick test sering dijalankan untuk memastikan alahan jenis serius iaitu IgE mediated tetapi untuk reaksi alahan yang kurang serius iaitu simtom tidak serta merta timbul selepas terdedah kepada allergen di dlm kes ini, protein lembu, ujian di atas mungkin boleh jadi normal atau “false negative”. Ujian darah ini boleh dijalankan di hospital kerajaan. Skin prick test turut sama dijalankan di hospital yg mempunyai pakar kulit seperti hkl.
Para doktor biasanya cuba mengelak melakukan ujian invasive seperti pengambilan sampel tisu rectum sewaktu pemeriksaan endoskopi untuk confirmation diagnosis allergic
proctocolitis. risiko prosedur, anaesthesia atau bius harus difikirkan sebelum keputusan utk menjlnkan ujian ini diambil. Untuk pesakit sebegini food challenge adalah satu-satunya strategi berkesan dan selamat untk pemastian diagnosis dan untuk memastikan status alahan terkini pesakit.
sekian, harap jawapan ini membantu puan.
Tentang susu sesuai cnthnya extensive hydrolyzed formula, satu-satunya produk yg disahkan halal ialah susu mamex pepti. Ianya hanya boleh diperolehi di farmasi, klinik swasta, klinik pakar kanak2 atau retail pharmacy yg beroperasi di dalam hospital swasta.
Assalamualaikum Dr. Nazrul
Anak saya pernah admitted ward di Institut Pediatrik HKL kerana ada darah sekali sekala dalam najis beliau. Darah tak banyak hanya spot sangat kecil dan streak sahaja. Pembesaran baby normal dan happy sentiasa, tiada tanda-tanda sakit.
Pakar yang merawat diagnos anak saya ada Allergy Proctocolitis (AP) tanpa lab result, hanya based on history. Beliau sarankan saya berhenti mengambil produk tenusu dalam diet harian (saya fully breastfeed anak).
Soalan saya ada dua doktor:
1. Jika penghasilan susu saya berkurangan pada masa hadapan, susu formula apa yang perlu saya beli. Kebanyakan susu HA dipasaran hanya partially hydrolyzed sahaja. Di mana untuk membeli?
2. Adakah ujian alahan yang boleh dilakukan untuk anak saya supaya boleh tahu dengan pasti beliau alah dengan produk tenusu sahaja atau termasuk telur, kacang etc. Kerana diet elimination agak stressful untuk dilakukan. Di mana boleh dilakukan ujian ini?
Waalaikumsalam pn Lynda,
Saya rasa ruam itu bkn disebabkan alahan susu jika ianya hanya kelihatan sekarang kerana anak Puan telah mula minum susu formula pada hari ke 3. Kesan alahan biasanya kelihatan dlm tempoh satu dua hari bagi yang ringan dan beberapa minit hingga jam bagi yg serius. Sila berjumpa doktor anda utk pemastian lanjut. Terima kasih.
Salam doc..ank sy baru lahir hari ni hari ke 28..susu sy xbrp banyak untuk dia minum.macam tak cukup utk dia.jadi sy bg susu formula jns dulax sjak hari ke 3 lahir lg..masalah sekarang nampak ada biji2 kt muka dan lehe.Adakah sebab alahan susu tersebut dan macam mana cara merawatnya.terima kasih..
Waalaikumsalam Puan Nurul,
Lactose intolerance atau alahan laktosa boleh terjadi akibat pembawaan genetik iaitu telah ada sejak lahir. Tetapi, ianya boleh terjadi selepas jangkitan usus seperti yang anak puan nurul alami. Kerana apabila terkena jangkitan usus, enzim yang bertanggungjawab mencerna laktosa akan berkurangan akibat kerosakan sel usus menyebabkan masalah mencerna dan menyerap laktosa dari susu biasa. Tetapi, masalah ini hanyalah sementara di mana selepas jangkitan pulih, sel usus akan tumbuh semula dan penghasilan semula enzim yang mencernakan laktosa akan berlaku. Biasanya di dalam tempoh 2-4 minggu. Sekiranya sebelum ini anak puan tiada masalah alahan laktosa, beliau sepatutnya tidak mengalami sebarang masalah apabila susu biasa dimulakan semula setelah tempoh tersebut. Tidak semestinya ini akan berulang lagi sekiranya anak puan terkena jangkitan cirit birit sekali lagi. Terima kasih
Assalamualaikum Dr.Nazrul.
Anak sy berumur setahun sebulan mengalami cirit birit berdarah dan terus dimasukkan hospital. Dr pakar sarankan tukar susu LF. Setelah anak sy minum susu Similac LF selama 3hari baru kurang cirit birit dan berat badannya mula naik. Soalan saya, saya dan suami tiada masalah minum susu lembu, kenapa anak saya ada alahan ini jika Dr. ada sebutkan mungkin masalah genetik. Dr.pakar anak saya sarankan teruskan susu LF selama 2-3minggu dan cuba tukar semula kepada susu lembu. ini bermakna adakah anak sy hanya alah susu lembu semasa cirit sahaja ke? Bila saya tnya skiranya anak sy cirit birit semula bagaimana.. Dr.pakar anak sy sarankan teruskan susu LF tersebut. macam mana nak tau anak sy benar2 telah didiagnose alahan laktose? anak saya dari umur 9bulan start susu formula dan baru sekarang baru pertama kali dia cirit birit.
Salam Jim,
Masalah kembung perlu dinilai oleh doctor pakar. Biasanya ianya bukan masalah yang serius dan ramai bayi yang normal ada masalah ini. Kemungkinan alahan protein susu lembu itu ada, tetapi susu “comfort” boleh dicuba terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenama terkemuka ada produk “comfort formula”. Sekiranya tiada kesan positif, susu gentian seperti disebut di dalam artikel di atas sebagai rawatan alahan protein lembu boleh digunakan. Terima kasih.
Waalaikumsalam Puan Nabila,
Simtom adalah konsisten dengan masalah alahan protein susu lembu. Seperti yang dijelaskan, mereka berisiko mendapat kekurangan nutrient kalsium kerana produk tenusu adalah sumber penting nutrient ini. Anak puan perlu penyiasatan lanjut untuk pemastian masalah alahan protein lembu dan perlu penilaian setiap 6 bulan oleh pakar berpengalaman merawat masalah ini. Sebilangan kecil pesakit akan terus alah kpd protein lembu pada usia awal remaja dan mereka inilah berisiko mendapat komplikasi kurang kalsium. Benar, simtom kerosakan gigi, kebas mungkin akibat kurang kalsium di dalam darah. Saya sarankan puan mendapat penilaian lanjut daripada pakar kanak-kanak. Sekurang-kurang nya ujian darah harus dilakukan sebelum langkah rawatan seterusnya diambil. Terima kasih.
Waalaikumsalam Pn Noor Azimah,
Masalah anak puan agak rumit dan tidak konsisten dengan alahan protein susu lembu dengan adanya “clubbing” dan najis yang pucat. Saya tidak dapat memberi komen lanjut tanpa memeriksa anak puan. Ini boleh berpunca daripada masalah organ dalaman seperti hati atau paru paru. Beliau perlu penyiasatan teliti dan jika perlu rujukan kepada pakar kanak2 gastroenterologi. Memang ada formula khas yang boleh dicuba untuk kes sebegini. Harap puan dapat berbincang dengan pakar yang merawat anak puan. Terima kasih.
salam dc..
anak sya baru sebulan… skang ni minum susu formula annum.. masalah skang ialah anak saya kerap kembung. adakah masalah susu x sesuai.. sebabnya saya telah pegi klinik.
Salam doctor,
Semasa anak saya bayi, saya ada beri susu formula tapi selepas beberapa teguk shj anak saya sesak nafas, muka telinga dan badan membengkak dan dimasukkan ke hospital. Rupanye dia alah protein susu lembu.. sekarang die sudah 3 1/2 tahun dan tidak ambil sebarang produk tenusu kerana masih alah.. saya byk cuba susu utk lihat reaksi dia..kadang2 ok, kadang2 naik ruam. Saya masih trauma utk beri byk kepadanya.
Masalah sekarang die asyik mengadi kaki kebas dan giginya sudah byk rosak n kene karies walau dah gosok gigi. Adakah sebab kurang kalsium dan apa alternatif yg saya blh beri kepada dia?
salam.. ank sya berusia 6 bln.. berat badab die x naik walaupn setelah memcuba mct oil n carborie.. yg lebih membimbangkan ank sya mempunyai clubbing die kuku kaki dan tangan dan selalu menjadi biru terutama ketika menagis dan bermain.. echo n barium sollow tp normal.. dietitik menyaran agar menukar susu.. susu dh ditukar.. selepas sbln najisnye berwarna kelabu pucat.. apakah susu yg terbaik utk ank saya
As slm puan aini,
Simtom yg dialami adalah konsisten dengan masalah refluks. sila rujuk url ini http://www.doktorbudak.com/2014/03/22/bayi-saya-ada-reflux/ Kebelakangan ini, telah banyak kajian terbaru yang menunjukkan hubungan antara masalah alahan protein lembu dengan masalah refluks. Rawatan alahan susu lembu dengan menggunakan strategi yang tertulis di artikel di atas seringkali digunakan sebagai langkah terakhir apabila strategi rawatan refluks yang biasa seperti sendawakan, kedudukan tegak 45 darjah sewaktu menyusu dan selepas menyusu, susu formula AR termasuklah ubat ubatan tidak berkesan mengawal masalah refluks. Seringkali ianya didapati berkesan. Saya nasihatkan puan untuk berbincang dengan doktor pakar puan tentang pilihan ini. Terima kasih.
waalaikumsalam pn aniss,
Saya biasanya tidak menggalakkan penggunaan susu kambing sebagai alternatif menggantikan susu lembu utk bayi yg alah kerana 80% risiko utk pesakit turut alah kpd susu kambing dan atas sebab susu kambing yg bukan dlm bentuk formula yang telah diperkayakan kurang zat asid folik yang penting utk pembentukan sel darah merah. Anak puan mungkin bernasib baik berada di dlm kelompok 20% yang alah protein lembu tetapi tidak alah kepada protein kambing. Tentang usia di mana masalah alahan ini hilang, ianya berbeza di kalangan pesakit. majoriti pesakit (50%)yang simtom alahannya ringan akan pulih pada usia setahun. Biasanya saya akan menjalankan penilaian setiap 6 bulan di dalam menentukan samada pesakit masih alah atau tidak. Terima kasih.
Doc. sy nak tanye knp bila ank saye menyusu sama ada susu dada atau susu fomular samada sudah sedawakan dia atau tidak….dia akan muntah. yg saya risau dia muntah akan kluar melalui hidung dan mulut. jika 1 hr 10 kali menyusu 8 kali akan muntah….hanye 2 kali tidak. ape yg patut saya lakukan? saya sudah menggunakan susu fomular brand novalec AR yg dia dang oleh dokt or yg saya refer. terapi tidak memberikan hasil.yg paling merisaukan bila kuar melalui hidung membuatkan ia tidak bernafas beberapa saat sehingga muke nye merah.minta pandangan dr doktor ape yg patut saya lakukan.
adakah anak yg allergic kpd protien lembu ini akan terus allergic sehingga bila-bila pun atau ada had umur tertentu utk masalah ini?
assalamualaikum doc..sy cuma ingin bertanya tentang susu kambing yg doc maksudkan..ini kerana ank sy mengalami alahan protien lembu dan sy telah merujuk doc dan diminta menukar jenis susu utk diminum oleh anak saya..sy kemudiannya menukar kepada susu kambing dan tiada lagi tanda-tanda allergic yg sama berlaku kepada anak saya..
Waalaikumsalam Puan Najmiah,
Saya tidak dapat memberikan komen kerana perlu maklumat lebih lanjut. Apakah sebab asal puan mencuba susu formula khas ini? Sembelit boleh terjadi atas faktor yang mungkin tiada kena mengena dengan susu soya yang diberikan. Seperti yang telah diterangkan, lactose intolerance boleh menyebabkan cirit apabila mengambil susu biasa termasuklah susu ibu. Jika anak tiada cirit sewaktu mengambil susu ibu, kemungkinan lactose intolerance adalah sangat rendah kerana susu ibu turut mengandungi laktosa. Perlu penjelasan lebih lanjut apabila puan mengatakan cirit kerana konsistensi najis yang agak lembik seperti bubur mungkin normal untuk kanak-kanak. Bagaimana tumbesaran beliau. Ianya perlu dinilai lebih lanjut oleh doctor pakar. Terima kasih.
Waalaikumsalam Puan Sapinah,
Banyak faktor lain selain daripada alahan protein lembu boleh menjadi penyebab kurang berat badan dan ini perlu dipastikan dengan pemeriksaan fizikal dan penyiasatan yang lengkap. Simtom ruam di kulit apabila terkena susu tepung atau telur berkemungkinan disebabkan oleh alahan tetapi ianya perlu dipastikan dengan penyiasatan tambhan. Bagaimana dengan pediasure? Adakah beliau mendapat kesan reaksi yang sama kerana jika tidak, kemungkinan alahan protein susu lembu adalah tipis kerana susu pediasure sememangnya berasaskan protein lembu dan sepatutnya menyebabkan kesan yang sama. Terima kasih
Salam Doktor,
Anak sy mula mengambil susu formula sejak berumur 9bulan..dan sekarang umurnya dan setahun 2bulan. Untuk pengetahuan doktor pelbagai susu saya cuba,free lactose/susu soya dan juga susu yang mengandungi lactose. Masalah yang sy hadapi anak saya mengalami sembelit apabila menggunakan susu soya dan cirit apa bila menggunakan susu laktosa. Apa lagi jenis susu yang patut saya beri untuk anak saya memandangkan susu badan tidak mencukupi untuk anak yang semakin membesar. Terima kasih
salam doc. Anak sy mmg alah dgn susu tepung dan telur. Bile terkena pd kulit akn keluar ruam2 merah dan gatal tp hilang dlm mase 20-30mins. Sekarang ank sy hanye fully bf dan beratnyer kurang. Utk pengetahuan doc ank sy prem dan ms lahir berat 1.8kg 33weeks. Now dah setahun 7bln berat sekitar 7.6-8kg shj. Sy cube pedia sure tp ank sy kurg minum. Ini buat sy runsing. Apa yg perlu sy lakukan dan adakah alahan ini akan berterusan sehingga ank sy besar? Terima kasih doc.
Waalaikumsalam Puan Amimaira,
Simtom memang konsisten dengan lactose intolerance atau Alahan laktosa. Susu pediasure sememangnya sesuai kerana ianya rumusan tanpa laktosa. Untuk pengetahuan puan, semua susu yang berasaskan sumber haiwan (kambing, lembu) dan manusia mengandungi laktosa di dalamnya. Susu berasaskan soya tiada laktosa dan boleh digunakan oleh pesakit. Terdapat juga dipasaran susu kotak yang jelas tertulis “lactose free” dan ianya turut sama boleh digunakan oleh penghidap lactose intolerance. Puan tidak perlu menyalahkan diri sendiri kerana masalah “lactose intolerance” agak biasa terjadi dan biasanya kedua ibu bapa adalah pembawa genetik masalah ini. Kebarangkalian untuk anak puan yang ketiga menghadapi masalah yang sama tetap ada. Saya menyarankan susu ibu diberikan seperti biasa dan pemantauan rapi dijalankan oleh doktor pakar kerana sekiranya beliau turut menghidapi masalah sama, intervensi segera boleh diberikan sebelum keadaan menjadi lebih teruk seperti kehilangan berat badan dan sebagainya. Terima kasih.
As slm Puan Fida,
Masalah sesak nafas atau kahak yang dihadapi oleh anak puan mungkin bukan berpunca dari alahan susu lembu. Ini kerana banyak sebab lain yang boleh menyebabkan simtom sedemikian DAN penggunaan susu HA tidak sepatutnya membantu di dalam kes sebenar alahan protein susu lembu seperti ditulis di artikel. Oleh itu, pada pendapat saya anak puan boleh cuba susu tepung biasa. Perkara ini boleh dibincang dengan doctor pakar yang merawat anak puan. Terima kasih
As Salam Doc Nazrul
Anak sy berumur 9 bln…. dia sekarang mengalami batuk berkahak… sy susah 3 kali pergi klinik pakar kiddicare sedut kahak…tp still ade lg… doc suruh sy tukar kepada isomil… then sy buat survey feedback yg sy terima semuanya tidak berapa sesuai…
Assalam Doctor Nazrul, kedua-dua anak saya mengalami alahan laktosa dimana mereka akan mengalami cirit birit yg teruk. Sekarang anak-anak saya mengamalkan susu Pedia SUre. Untuk pengetahuan doktor, anak saya juga terpaksa berhenti dari minum susu ibu semasa bayi lagi dimana mereka juga mengalami cirit-birit dan berat badan tidak naik, malah turun dan perlu dimasukkan segera ke hospital. Semasa admitted, peads menyarankan saya berhenti dari memberi susu ibu dan memberi susu formula LF. Alhamdulillah, berat badan terus naik dari hari ke hari dan sehingga kami dibenarkan pulang. Persoalan saya, kenapa susu ibu menyebabkan kedua-anak saya cirit birit yg teruk? Bagaimana untuk saya mengenalpasti masalah ni adakah berpunca dari saya dan bagaimanakah persediaan yg perlu saya hadapi sekiranya saya ingin mendapatkan zuriat yang ketiga? Terima Kasih
Anak sy juga mengalami alahan susu dr bayi menyebabkan anak sy berkahak dan seperti sesak nafas,skrg dia berumur 9 bulan dan minum susu hyphoallergnik,blh doc sarankan sehingga umur brapa kami blh bg baby kami susu tepung yg biasa..
Perlu pemastian ianya alahan laktosa atau tidak terlebih dahulu. Simtom bengkak lebih ke arah alahan protein susu lembu terutamanya jika ianya terjadi beberapa minit selepas pengambilan. Penyiasatan lanjut penting untuk pemastian masalah alahan ini. Secara umum, susu tidak begitu penting sebagai sumber zat pemakanan utama pada usia ini. Makanan adalah lebih penting. Pastikan pengambilan kalsium cukup kerana produk tenusu adalah sumber utama nutrien ini. Memang ada susu gantian untuk kanak-kanak yg masih alah kepada susu lembu pada usia ini. Pilihan terbaik masih susu ibu secara terus atau “direct” di dalam kes ini.
anak buah saya berusia 2 tahun alah kepada laktosa.alahan yang teruk menyebabkan bengkak2 di seluruh badan sehingga memerlukan injection.boleh doc sarankan minuman pangganti susu oleh kerana dia juga menolak susu soya. sejak kami perkenalkan susu soya, dia juga menolak untuk minum susu ibu di dalam botol susu dan semua minuman bewarna putih.