[Q&A] Selamatkah ubat allergik kepada bayi?

Question: Assalamualaikum dan salam sejahtera doktor.. Bayi saya berumur 3 bulan dan terdapat tompok2 pada abdomen,kaki dan tangannya. Kadangkala tompok2 tersebut akan menjadi sangat merah dan bayi saya kelihatan kurang selesa,jika tidak ianya kelihatan bewarna putih seakan2 panau. Saya membawanya ke klinik dan doktor mengesahkan yang ianya alergik dan doktor memberikan krim untuk disapu dan 2 jenis ubat minum,untuk siang dan malam, 2ml sekali minum. Saya nak tanya, adakah ubat minum ini sesuai dan selamat untuk diberikan pada bayi saya memandangkan usianya yang masih sangat muda. Terima kasih. (Nurul Aqilah Abdulla)

Answer: Puan, sekiranya allergi itu tidak terlalu teruk, maka lebih baik guna ubat sapu sahaja. Ubat seperti steroid boleh diterima tetapi ubat antihistamin seperti chlorpheniramine, cetirizine adalah kurang sesuai. Sekiranya berlaku mata, mulut bengkak, susah nafas, nafas berbunyi – ini perlu dibawa ke hospital segera. Yang penting juga ialah kenal pastikan apakah agen/faktor yang menyebabkan alahan ini.