[Q&A] Bolehkah pembedahan dijalankan

Question: Anak saya baru sembuh dari tonsil yg membengkak dalam 4 mg yang lalu. Sekarang dia ada masalah gigi dan doktor menyarankan utk bius 100 % supaya boleh menjalankan pembedahan tersebut. Adakah ubat bius mendatangkan bahaya jika dilakukan juga selepas 4 minggu baru sembuh dari sakit tonsil. (Rubiah)

Answer: Hi Rubiah , Sebelum sebarang pembedahan dilakukan , semua kanak-kanak dan orang dewasa akan diperiksa oleh pakar bius untuk memastikan bahawa pembedahan boleh dilakukan atau tidak. Ini bergantung pada tahap kesihatan anak pada waktu itu. Ubat bius secara amnya tidak mendatangkan masalah sekiranya dilakukan selepas tempoh tersebut sekiranya anak dikenalpasti ‘fit for surgery’.