[Q&A] HFMD

Question: assalamualaikum doktor..anak saya berusia 2 tahun 3 bulan,3 hari lepas,dia dikeSan menghidapi penyakit HFMD..Saya ada ambil ubat dari klinik pakar kulit,cuma saya khuatir adakah saya perlu ke hospital juga atau kuarantinkan anak saya di rumah sahaja? (Siti Fatimah)

Answer: Salam Siti, Hand food and mouth disease (HFMD) adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus, lazimnya enteroviruses dan lain-lain virus. Tiada ubat yang spesifik untuk merawat HFMD dan ia biasanya mengambil masa lebih kurang dalam seminggu untuk sembuh sepenuhnya secara spontan. Pesakit HFMD biasanya tidak perlu dimasukkan ke dalam wad kecuali dalam keadaan di mana kanak-kanak tidak dapat minum dan makan disebabkan ulcer mulut atau demam yang tinggi sehingga mengakibatkan denyutan nadi yang terlalu cepat. Kebanyakan pesakit HFMD masih aktif dan ceria dan masih boleh dipujuk untuk makan dan minum seperti biasa. Dalam keadaan sebegini, puan tidak perlu risau dan boleh meneruskan pemantauan di rumah. Sekian, terima kasih.