[Q&A] Alergik atau campak

Question: Salam doc.anak sy br nk masuk 8 bulan..2hari lps sy ada bg mkn plum.next day naik bintik merah kt tgn n kaki.esok tu plk bintik makin terang n ada yg berisi air..baby aktif xdemam n selera mkn still mcm biasa..bintik tu sbb alergik to plum atau campak?ape spatut sy buat utk hlgkn bintik tu..tq

Answer: Salam fadiana, Bintik-bintik merah di bahagian tangan dan kaki pada bayi 8 bulan boleh disebabkan banyak kemungkinan atau punca. Ada kemungkinan ia disebabkan campak baru berada pada tahap permulaan, lebih-lebih lagi sekiranya anak ada terdedah kepada pesakit campak yang lain. Tambahan pula, anak belum dapat immunisasi campak lagi. Akan tetapi, anak yang mengidap campak biasanya akan mengalami demam dan tanda-tanda lain seperti batuk dan selsema. Memang tidak dapat dinafikan bintik-bintik ini mungkin disebabkan allergik kepada plum yaang dimakan. Akan tetapi, ini adalah jenis allergik yang bukan serta-merta (delayed reaction), dengan itu ia bukan sejenis allergik yang bahaya. Kebiasaannya allergik yang berlaku serta-merta (dalam tempoh 2 jam selepas makan) dan dikaitkan dengan susah nafas adalah reaksi yang bahaya di mana makanan penyebab perlu dielakkan sama sekali. Dengan itu, adalah susah untuk dikatakan samada bintik-bintik merah tersebut adalah disebabkan campak atau allergik. Ia juga berkemungkinan disebabkan masalah-masalah lain. Puan perlu memantau progress bintik-bintik tersebut, dan memerhati samada ruam tersebut hilang dan berulang semula; samada bintik-bintik semakin bertambah; dan samada tanda-tanda lain muncul ke tidak. Sekiranya keadaan tidak bertambah baik, berulang atau muncul tanda-tanda lain, puan dinasihati untuk membawa anak berjumpa doktor untuk mendapat konsultasi yang lebih tepat. Sekian terima kasih.