Question: Anak saya berumur 2 tahun setengah dan kaki beliau telah retak. Doktor telah simen kaki nya selama 3 minggu. Apa yang merisaukan saya dan keluarga ialah sehingga sekarang, telah maseuk seminggu simen kaki anak saya telah dibuka. Namun anak saya masih takut untuk berjalan/berdiri. adakah ini normal? berapa lama masa untuk anak sekecil ini untuk kembali berjalan/berlari seperti sediakala? saya percaya kaki beliau telah sembuh sepenuhnya. Cuma dia masih takut. Jika ini berlarutan hingaa minggu ke 2,3 dan seterusnya, apa yang perlu saya buat supaya anak saya yakin dia telah boleh berjalan.
terima kasih doktor. (Alina)
Answer: Puan Alina, simen plaster of paris/fiberglass adalah untuk tujuan mengelakkan daripada tulang itu tergerak supaya tidak mengganggu proses tulang bercantum semula. Untuk mencapai immobilisasi ini, sendi memang terkunci kerana simen tersebut. Otot pun kurang kuat selepas tidak bergerak sebegitu lama. Psikologi takut rasa sakit juga menjadi faktor. Takut berjalan dan tidak dapat berjalan dengan biasa adalah kesan yang biasa, tetapi tidak boleh dibiarkan begitu. Anak perlu berlatih bersungguh. Rawatan sekarang harus dissusuli dengan fisoterapi – lakukan senaman berjalan, menggunakan tenaga pada kaki terlibat. Puan harus bincang masalah ini dengan doktor anda, supaya memastikan tulang memang sudah pulih sepenuhnya dan sesuai untuk berdiri dan berjalan, dan juga bincangkan tentang manfaat fisioterapi.