[Q&A] bayi pramatang

Question:┬ásalam doc…baby saya pramatang lahir 34 mggu dan sekarang sudah berusia 68 hari…saya ada 2 soalan. (haneesahazzuan)

  1. bayi saya menangis waktu menyusu DF. dia akan meragam kalau air susu laju dan banyak.saya sudah perah sebelum bagi df.masalahnya air susu tetap mengalir laju dan banyk jika dia hisap dan dia akan mengamuk lepas tu.doc ade any advice x?
  2. bayi saya juga kerap bertahi mata dan kadang2 matanya berair.adakah itu normal?

Answer:

  1. Breastfeeding memang bagus untuk bayi. Saya nasihatkan puan berbincang juga dengan pakar laktasi ataupun support group berkenaan hal ini. Bayi boleh jadi kurang senang sekiranya proses menelan susu terganggu. Harus pastikan bayi selalu disendawakan. Ada kemungkinan bayi menangis kerana reflux. Saya cadangkan puan cubang perah susu dan diberikan dalam botol susu yang sesuai, supaya kadar kelajuan boleh dikawal. Sekiranya ini tidak berjaya, puan harus dapatkan pemeriksaan daripada doktor pediatrik anda, dan breastfeeding support group.
  2. Tahi mata dan mata berair adalah disebabkan oleh kurannya matang saluran air mata, ataupun lebih tepat ‘lacrimal duct obstruction’ – Sila baca artikel ini http://www.doktorbudak.com/2013/07/23/mengapa-bayi-saya-mata-berair/