[Q&A] Scabies

Question: Anak perempuan saya berumur 1 tahun dan terkena jangkitan scabies dari rumah pengasuh. Berapa lamakah masa yang diambil untuk pulih sepenuhnya? dan bagaimanakah treatment yang sepatutnya diambil? (Azwa)

Answer: Salam Azwa, Scabies atau kudis buta adalah penyakit jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama. Terdapat ubat sapu yang tertentu seperti Permethrin 5% yang boleh digunakan untuk merawat dan membunuh kudis buta. Yang perlu ditekankan di sini ialah, rawatan kudis buta perlu diberikan kepada setiap anggota keluarga yang tinggal bersama walaupun ahli keluarga lain tiada tanda-tanda penyakit kulit. Ini juga termasuk rumah pengasuh. Cadar, pakaian dan tuala perlu dicuci dengan air panas pada masa yang sama. Benda yang tidak bole dicuci seperti patung perlu dimasukkan kedalam beg plastik dan ditutup rapi selama 7 hari untuk membunuh kudis dan telurnya. Setelah selesai dirawat dan kudis telah dibasmi, anak kadang-kadang masih boleh mengalami kegatalan selama 2minggu lagi. Tetapi anak tidak akan mendapat ruam baru lagi. Kadang-kala rawatan tidak dilakukan dengan terperinci, iaitu ahli keluarga lain tidak dirawat dan sebagainya, kudis boleh menjangkiti anak semula dan rawatan yang menyeluruh perlu diulangi semula. Jikalau ahli lain dari rumah pengasuh tidak dirawat, anak puan boleh dijangkiti semula walaupun anak telah menerima rawatan yang sesuai. Puan boleh juga membaca artikel di myportal Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai scabies di: http://www.myhealth.gov.my/index.php/ubat-a-anda/fakta-ubat/kudis-buta Sekian, terima kasih.