[Q&A] Masalah Kulit atau Eczema?

Question: Saya mama kepada anak kembar perempuan berusia 3 tahun. Sekarang ini anak kembar saya yang ke-2 sedang mengalami masalah pada kulit di mana kulit kepala dan lehernya berkuping dan mengeluarkan cecair berbau. Saya tidak pasti sama ada itu eczema atau tidak. Saya telah rujuk pada GH dan doc mengatakan jangkitan kuman dan hanya memberikan antibiotik dan ubat sapu sahaja.
Sekarang ini saya mengamalkan mandian jenama Tropika yang dikatakan sesuai untuk kulit sensitif dimana ianya berasaskan daripada minyak kepala dara. Apakah masalah sebenar anak saya? (Mama Twins)

Answer: Salam Mama Twins, Masalah kulit sangat sukar dinasihati hanya melalui konsultasi sebegini tanpa melihat keadaan kulit yang sebenar. Tambahan pula, kadang-kala walaupun doktor melihat keadaan kulit, kita perlu memantau perkembangan dan progress masalah kulit sebelum kita dapat memberi diagnosa yang tepat. Eczema merupakan sejenis penyakit kulit yang kronik. Progres penyakit ini seringkala berulang-alik, iaitu bertambah baik dan menjadi teruk semula. Dengan itu, apabila doktor merawat anak puan untuk kali yang pertamanya, ia adalah susah untuk mengatakan samada penyakit anak puan adalah eczema atau tidak. Ini berkemungkinan besar merupakan kali pertama anak puan mendapat masalah kulit, oleh itu doktor telah mengatakan penyakit kulit anak puan adalah disebabkan jangkitan kuman sahaja. Saya menasihati puan untuk memantau keadaan anak puan, sekiranya keadaan kulitnya tidak sembuh dan semakin melarat, saya menasihati puan boleh membawa anak pulang ke doktor yang sama supaya boleh dirujuk kepada doktor pakar. Ataupun puan boleh membawa anak terus berjumpa doktor pakar untuk nasihat dan rawatan seterusnya. Sekian, terima kasih.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Masalah Kulit atau Eczema?”

  1. Nabiha Avatar
    Nabiha

    Anak saya baru berumur sebulan lebih dan didapati menghidap eczema di bahagian muka dan leher. Saya nak tahu jenis susu formula apa yang sesuai digunakan. Sama ada HA, extensively hydrolyzed formula, soy based atau amino acid based? Apakah simptom yang akan dialami oleh bayi saya akibat pertukaran susu formula?