[Q&A] Pusat bayi 2 bulan tak kering

Question: Pusat bayi saya dah tanggal tapi dah 2 bulan tak kering lagi. Saya dah refer pediatrik, die suruh bubuh pure KMNO4, hasilnya anak saya asyik menangis. Saya ada terbaca yg chemical ni menghakis, adakah ia selamat digunakan? (Yana)

Answer: KMNO4 adalah ubat yang bagus untuk mengeringkan luka. Akan tetapi, kulit bayi adalah sangat sensitif. Puan boleh cuba melarutkan KMNO4 dengan air sehingga warnanya menjadi ‘light pink’ sebelum diguna pada pusat bayi. Alternatif yang lain adalah chlorhexidine. Jika masih tiada perubahan atau pusat bertambah teruk seperti merah, bengkak atau bernanah, sila bawa bayi berjumpa dengan doctor secepat mungkin.