[Q&A] Anak 4 tahun sering muntah waktu pagi

Question: Salam Doktor,

Kebelakangan ini, anak saya sering muntah pada waktu pagi sekitar jam 5 hingga 7 pagi. perutnya juga sedikit kembung. Tetapi tidak cirit birit atau demam. Kadang2 sampai tiada apa pun yang keluar hanya cecair kuning. Anak saya selalu minum susu sambil tidur waktu malam, adakah itu puncanya.

Answer: Faizura , simptom seperti ini perlulah dibawa ke perhatian doktor. Adakah dia juga batuk batuk malam (walaupun sedikit dan tidak teruk) dan selepas itu muntah atau hanya muntah sahaja? Minum susu pada waktu malam bukanlah punca kepada muntah muntah tersebut.